Thursday, August 27, 2009

Bypass Proxy Internet

Ultrasurf 9.5 berfungsi utk bypass mana-mana...proxy..internet..

Download link dibawah

http://www.mediafire.com/download.php?yq3uk525ygn


Pastu open file...dah boleh bypass..

Selamat mencuba

Tuesday, August 25, 2009

Selamat menyambut Ramadan 1430 Hijrah

Kepada semua ahli keluarga Tok Cai

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DENGAN PENUH RASA SYUKUR & INSAF.GUNAKANLAH PELUANG DI BULAN YANG MULIA INI UNTUK MENINGKATKAN IMAN & TAKWA KITA KEPADANYA"

Semoga kita dapat berkumpul di bulan Syawal nanti.....

Friday, August 7, 2009

Cuti-cuti Sunway


Hari tuh pergi Sunway Lagoon. Bukan untuk mandi...saja-saja berjalan sebab kami ada subscribe kepada Sunway SEASON PASS selama setahun (tarikh akhir Jun 2010). Jika ada sesiapa berminat ke Sunway Lagoon, bolehla beritahu Fizal/Fizal.....boleh dapat potongan 40% seorang. Selain daripada mandi, boleh pergi ke Wildlife Park (sesuai untuk kanak-kanak)

Atau mencuba rides dengan anak-anak di Amusement Park.




Jadi selain daripada mandi, kita boleh berjalan-jalan di Sunway Lagoon. Maklumat lanjut mengenai Sunway Lagoon di sini

Tuesday, July 14, 2009

TOK CAI MASUK HOSPITAL

Tok cai sekarang berada di Hospital Batu Pahat setelah disebabkan pitam yang berlaku pada ptg semalam. Pada ptg/mahgrib semalam Mohd Nor (Jiran Tok Cai)melihat dirumah tok cai gelap tidak berlampu seperti kebiasaannya..Mohd Nor mula syak ada sesuatu berlaku..dan inform kepada Mak Dah/Pak Man/Radhi...utk melihat lebih lanjut...keadaan dirumah..

Nasib baik kebetulan pintu rumah belakang tidak berkunci....Dalam keadaan gelap tok cai terduduk didalam biliknya dalam keadaan muntah/buang air/pitam ..Menurut tok cai..beliau ingin mengambil wangnya didalam bilik.. dan tiba-tiba rasa pening/pitam lalu pengsan...

Mak Dah/Pak Man/Radhi & dll..monitor keadaan tokcai...sehingga pukul 2 pagi dan membuat keputusan utk menghantar ke hospital.
Pada pukul 3 pagi ..ambulans dipanggil dtg..utk mengambil tok cai membuat pemeriksaan lanjut..

Pada waktu ini 9am..Alhamdulillah..tok cai masih dlm wad dan masih boleh bercakap/berbual macam biasa..Doktor masih membuat pemeriksaan lanjut..
Mak Dah & Radhi menjaga di hospital..

Marilah kita semua mendoakan semoga TOK CAI cepat sembuh/sihat...

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh contact MAK DAH (019-6679595)

Sekian..

CuCU TOk Cai !

Monday, June 29, 2009

Tahniah kepada yang berjaya!

Alhamudulillah & Tahniah kepada cucu-cucu Tok Cai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading...Teringat zaman-zaman muda remaja dulu.... zaman untuk discover diri, mengenal kelemahan & kemampuan kita.... Nanti trylah pelbagai aktiviti, jangan asyik belajar je....yang penting TIME MANAGEMENT... time belajar, belajarla....time aktiviti, join aktiviti...khas untuk mereka yang masih belajar, click sini STUDY SKILLS. Gunakan kemudahan universiti, cthnya swimming pool, horse riding (UPM je kot). Kalau ada kelas belajar swimming, joinla.... Swimming tu juga salah satu sukan yang digalakkan oleh Rasulullah SAW....

Hari ini juga ada orang dapat hadiah cabutan bertuah (lihat gambar)
Ditemani adik 'tersayang' yang bangga dgn tuah abangnya...Tahniah diucapkan....

Pelbagai andaian dibuat semasa Rahimi menyatakan yang dia menang cabutan bertuah. Yela, sekarang kan dah macam-macam kes penipuan... kata menang tapi kena bayar, takut mcm kes gores dan menang.... Rahimi beli barang dari Lelong.com, pastu rezeki murah dipilih pula sebagai pemenang cabutan bertuah. Jarang amat-amat family Mak Dah nih menang hadiah-hadiah camni... Hadiahnya ialah Sony Playstation 3. Kalau beli pun mahu RM1,000 lebih....

Akhir kata, kepada yang masih tidak berjaya (dlm apa-apa bidang sekalipun), mungkin kejayaan anda bukan untuk hari ini. Kejayaan anda mungkin untuk hari esok jadi jangan kecewa dan teruskan usaha. Insyaallah, berkat usaha dan doa, apa yang diimpikan akan tercapai jua....(Chewah!)

Tuesday, June 16, 2009

Seronoknya!!!


Masih teruja bila mengingatkan percutian di Redang... walaupun ada insiden yang mengganggu jadual perjalanan, namun keindahan Pulau Redang telah mengunci mulut dan membuka mata kita supaya lebih menghargai ciptaan Allah SWT daripada memperbesarkan hal-hal yang remeh.... Dan berbangga kerana mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kesabaran yang tinggi,semangat keluarga yang utuh dan bersedia mengharungi rintangan & dugaan bersama-sama. Tahniah diucapkan kepada Keluarga Tok Cai!

Macam-macam pengalaman yang ditimba, suka & duka. Bot lambat, mabuk laut, terjun bot, salah tempat snokerling, BBQ tak dapat sausage, orang conquer karaoke, tidur macam sardin dlm chalet, anak 'ouk-ouk' tepi pantai, 'terdampar' di Pulau Kerengge, orang restoran tak layan di Batu Buruk, Masjid Kristal tutup pukul 10 dan macam-macam lagi....
Antara yang seronok; main volleyball, mandi tepi laut, snorkeling, layan buai tepi pantai, ambik gambar, lesapkan sebantal roti chalet, menghirup udara pagi di tepi pantai, makan roti bakar + kaya, sambal belacan sedap, ikan free Pakcik Rosman, eksyen bergambar dgn sotong, shopping kat jeti sementara tunggu bot sampai, gambar lompat-lompat, 'wee-wee' tepi laut, tengok orang lain seronok... Untuk saya yang seronoknya, seperti tak percaya gambar-gambar lanskap yang diambil seperti gambar-gambar di dlm majalah yang menggunakan kamera DSLR!!!
Terima kasih diucapkan kerana bersama-sama menjayakan percutian kali ini. Sudah ada pertanyaan apakah destinasi percutian seterusnya... Harap semua dapat memberikan cadangan. Sebagai permulaan, jangan lupa vote survey di sebelah nih ye....

Thursday, June 11, 2009

List Link Gambar Pulau Redang Utk Di Download

1. CAMERA IWAN - Download Sini !!!

2. CAMERA AMAT & FIZA - Download Sini !!!
**Camera Amat&Fiza..iwan tak dpt copy semua gambar..sbb tak bwk pendrive nak copy..MEMORY FULL!!!..kalau nak yg lain kena mintak kat owner...heheh

3. CAMERA ANJANG - Download Sini !!!

4. CAMERA ILA - Download Sini !!!

Wednesday, June 10, 2009

Tutorial Untuk Mengecilkan Saiz File & Resolution Gambar

Langkah 1.

Download software disini & Kemudian install kat dalam PC- http://www.fookes.com/ftp/free/EzThmb_Setup.exe

Langkah 2.


Langkah 3.

Langkah 4.(Cara utk compress folder)

Sekiranya blum ada software WINRAR..sila download disini..http://rarlab.com/rar/wrar39b2.exe





Upload guna folder yg telah di ZIP kan td..cth: trip pulau redang.zip

Langkah 5.(Cara utk upload gambar)
Setelah folder gambar siap dicompress...
Click link disini http://www.mediafire.com/







Langkah 6..(Cara Nak Download)


Download Gambar Camera Iwan

Disebabkan camera iwan..so banyakla..gambar family kitaorang..hehehe

Sila click link di bawah & click download...utk gambar camera iwan

1. http://www.mediafire.com/download.php?hrnttm2jygd


Download gambar camera Kak Fiza & Amat kat sini

2. http://www.mediafire.com/download.php?wzzmo4yznny

REDANG,... AKU DAH DATANG REDANG !!!! heheheh..

Wednesday, June 3, 2009

Redang, here we come!



Tak sangka hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba....mungkin semua tengah sibuk packing sekarang nih, buat persiapan terakhir.
Banyak perubahan telah berlaku sejak post terdahulu. Ada tambahan ahli di saat-saat terakhir (6 orang). Isk! Lain kali kena charge lebih nih!Pastu Group Melaka terpaksa join Group BP2 (Apis) kerana PCM 2577 masuk workshop. Oleh kerana PCM 2577 masuk workshop, Ila pun tak dapat tumpang. Syafiq pun direct gi rumah Mcik, tak pegi Bangi dulu. Group BP2 akan join Group Bangi menuju ke Genting Sempah untuk join Group Paya Jaras. So total 5 buah kereta menuju ke destinasi yang sama, Pulau Redang! (atau Homestay Mak Teh dulu)......

Bagi Group BP + Group JB akan bertolak esok pagi. Group BP ada 2, satu bertolak pagi (Mak Dah) & satu lagi bertolak lambat sikit sbb nak join Group KL (Apis + Iwan). Itulah serba sedikit update terkini...Group KL akan bertolak dalam pukul 3 ptg paling lewat.

Diingatkan ye, para traveller untuk menyediakan cash yang secukupnya untuk berikut:
Snorkelling gear (RM10 per set)
Parking di jeti Merang (RM25 utk 3hari2malam)
Duit makan di KT
Duit ole-ole

Jangan bawa banyak-banyak sudahla....

Jika diimbas balik, masa gi Tioman pun 32 orang juga. Cuma ahlinya ada berbeza sikit.
Kali ini:
Famili yang tak ikut - Family Mak Ee & MLong -5-1
Famili yang lengkap - Family Anjang. Dulu 5, sekarang 8 +3
Famili yang tak lengkap - Family Makcik. Dulu 6, sekarang 5 orang -1
Famili yang tambah tapi tak lengkap - Family Mak Dah. Dulu 14, sekarang 18 +4

OK, rasa tak sempat nak post berita esok. Apa-apa pun, selamat memulakan perjalanan. Doa panjang sikit malam ni ye....semoga Allah melindungi perjalanan kita.....

Friday, May 29, 2009

Perjalanan ke Terengganu

Okeh, itinerari utk Pulau Redang dah update hari tuh kan....Check balik.

Sekarang nak cerita bab memulakan perjalanan ke Terengganu. Alhamdulilah, Pcik Rosman sudah berada di Malaysia dan dapat menyertai rombongan kita kali ini (Morocco ok? Ada gempak pasal H1N1 tak?)Kalau tak, risau gak kat Anjang yang nak kena drive dari JB.

So, group JB boleh jumpa group BP kat mana-mana lah masa on the way to KT. Settle.

Group Paya Jaras pulak. Risau gak kat Mcik sebab Pcik Apiz tak dapat pegi. So siapa 2nd driver Mcik? Alhamdulillah, ada anak buah yang sedia membantu iaitu Syafiq si rambut kerinting. So Syafiq, K Fiza boleh pick up kat komuter UKM pada 4hb tuh. Preferably sampai Bangi dlm kul 2 lebih sbb K Fiza keje pagi 4hb tuh. Nanti kita jumpa Mcik kat hentian Genting Sempah on the way to Kuala Terengganu. Settle?

Group Melaka datang Bangi dulu ye....Dlm tengahari. Lunch is on orang Bangi. Budget bertolak dlm kul 2.30 ptg. Settle?

So kalau Group KL (Group Paya Jaras + Group Bangi + Group Melaka) bertolak dlm kul 3, sampai KT around 11-12 mlm. Group JB + Group BP boleh check in dulu kalau sampai awal di Homestay Mak Teh di Chendering (sebelum bandar KT). Kita sume boleh berehat di homestay Mak Teh ni.No telefon Mak Teh 019 9225251. Kita akan kembali ke homestay ni selepas trip Pulau Redang nanti. Settle?

Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh tanya kat chat box macam biasa.

Okeh?

List keperluan

Tinggal lagi 7 hari sebelum kita memulakan kembara ke Terengganu & P Redang. Berikut ialah checklist barang untuk dibawa. Antaranya:

Cash untuk goggles + tiket Marine Park (RM25 seorang)
Underwater disposable camera (dlm RM50 atau kurang)
Beach toys untuk anak-anak
Kain batik/pelikat
Kamera atau handycam
Plastik untuk simpan baju kotor
Sunblock, sunglasses & topi
Tikar kecil untuk bersantai di tepi pantai
Toileteries (syampu, berus gigi)
Khemah- bagi sesiapa yang tidoq khemah
Duit untuk shopping/keropok lekor

Makan 3 kali sehari (breakfast, lunch, dinner) sudah termasuk dlm harga pakej, berbeza di Tioman dahulu di mana kita masak sendiri. Selepas trip ini, bolehlah travellers compare cara mana yang lebih sesuai bila kita buat rombongan camni: masak sendiri vs masukkan food dlm harga pakej.

Tapi bagus jugak kalau bawa sendiri makanan ringan spt roti, jem, jajan, minuman dlm sachet kecil-kecil (milo,kopi), maggi...apa-apalah yang dirasakan sesuai. Takut kelaparan pulak sementara nak tunggu makanan dioghang. Tak payah bawak banyak-banyak....kita share sama-sama :)

Bersiap sedialah dari segi mental & fizikal kerana kita akan bersnorkelling sebanyak 3 kali. Jangan lepaskan peluang mengambil gambar dalam air dengan menggunakan disposable underwater camera.

OK, nanti cerita lagi....

Thursday, May 14, 2009

Bergaya ke Redang


Sedikit tips bergaya ke Pulau Redang....

1. Jangan pakai heels ya, pakaila selipar...santai gitu. Selipar Jepun bilik air pun boley, tambah la decoration (buat corak pakai permanent marker)...hihi

2. Tak payahla bawa handbag mahal/berjenama. Handbag yang bawak gi opis tu pun tak usahlah....Bawalah beach bag...boleh letak banyak barang... Praktikal dan bergaya! Cuba try shopping kat Rengit Parade, rasanya boleh dapat bawah RM10!hihi...Untuk barang penting spt IC, lesen, cash bolehlah bawa purse/wallet. Tapi janganlah bawah cash berkepuk-kepuk (sbb tuh suruh bayar sekarang, jangan sampai Redang baru nak bayar! Hek! Gurau je)
...

3. Pakaian renang...antara barang yang terpenting perlu dibawaOpppss!....Sorry, salah gambar...(siapa ada berani pakai ini swimsuit!??).... Sekarang dah ada pakaian renang muslimah. Tapi kalau nak pakai T-shirt ngan tracksuit je pun tak pe. Cuma kalau pakai lycra swimwear tuh, sedap sikit nak berenang/ terapung bagi yang tak reti berenang... Tak percaya, cubalah...

4. Glasses/topi....Fuh! Kalau pakai nih, mmg bergaya sakan lah...Sekarang style sunglasses besar-besar (back to the 70s)...Kedua-dua aksesori ini ialah utk perlindungan dari cahaya matahari.


5. Sunblock/Suncreen. Sebenarnya yang ini lebih penting. Yg di atas utk bergaya sahaja. Cahaya matahari sekarang tak sama mcm dulu. Cuba baca artikel mengenai sunscreen di sini. Maaf mengenai bahasanya...kot-kot bibik saya nak tahu jugak pasal 'tabir suria'...hehe. Ok, kalau nak full BM, click perkataan ini-> sunscreen

6. Hawaiian shirt utk si bujang. Bila lagi nak pakai Hawaiian shirt kalau tidak di pulau/pantai. Hawaiian shirt sejuk dlm cuaca panas, corak pun 'agak' menarik. Barulah gambar nanti nampak menarik. Bapa si bujang pun boleh pakai juga cuma takut takleh nak button kat bahagian perut je. Sesuai dipadankan dengan seluar 3/4 panjang:
Asalkan menutup aurat yea....

Itulah sedikit tips sebagai panduan...Selamat bergaya!.....

Tuesday, May 5, 2009

MENCARI SPONSOR


31 hari lagi!....Tak sabar ni....Banyak benda yang nak makan/nak buat kat Terengganu. Berita terbaru, keluarga Makcik akan ikut serta (5 orang) tapi tanpa Pcik Apiz. Kesian pulak kat Mcik....boleh ke Mcik nak drive ni????
Selain daripada itu, ingin juga mengalu-alukan sponsorship dari sesiapa sahaja. So far, Mak Dah/Pak Man sponsor homestay di Chendering + breakfast pada 7hb Jun. Sponsorship yang masih dicari:
Sewa goggles
Tiket masuk Marine Park
Makan tengahari@malam 7hb

Sesiapa yang sudi, jangan malu untuk contact saya!.... Kalau takde orang nak sponsor, sewa goggles & tiket marine park terpaksala tanggung sendiri. Makan pun masing-masing la ye....
Pastu sesiapa yang ada kenalan di Terengganu, bolehla start bertanya seperti 'makan di mana', 'gerai keropok yang mana?', 'kedai murah yang mana?' etc....

Monday, April 27, 2009

Redang update

Berikut ialah itinerari yang dicadangkan untuk trip ke Redang:
Day 1
5-Jun

0000 Bertolak dari rumah masing-masing
0900 Tiba di jeti Merang
1000 Bertolak ke Pulau Redang
1100 Check in Redang Mutiara
1300 Lunch
1530 Snorkelling 1
1700 Aktiviti bebas
2000 Dinner
2100 Aktiviti keluarga
2300 Tidur

Day 2
6-Jun

0800 Breakfast
1000 Snorkelling 2
1300 Lunch
1530 Snorkelling 3
1700 Aktiviti bebas
2000 BBQ
2100 Aktiviti keluarga
2300 Tidur

Day 3
7-Jun

0800 Breakfast
0900 Berkemas
1000 Bertolak balik ke Merang
1100 Tiba di Merang
1200 Check in di homestay Mak Teh
1300 Lunch
Aktiviti bebas
Keropok lekor
Pasar Payang
Masjid Kristal

Day 4
8-Jun

0800 Breakfast
0900 Berkemas
1000 Check out
Keropok Lekor
Balik rumah masing-masing

Pastu, Ira rasanya tak dapat pergi...Ada tak nak ajak sesiapa lagi ganti tempat Ira?

Friday, April 17, 2009

Bahang Redang mula terasa!

Lama dah tak menulis kerana menghabiskan kerja opis yang tertunggak. Ingin juga mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan para travellers sekalian untuk membuat 2nd instalment untuk P Redang. Amaun yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
Iwan RM150
Amat RM450
Ila RM300
Radhi RM160
Anjang RM840
Ira RM150

Sila buat pembayaran sebelum 1 Mei 2009. Sesiapa yang ada rezeki lebih bolehla bundarkan amaun anda ke ratus yang hampir....:)

Jangan lupa menyertai poll di sebelah mengenai aktiviti yang ingin dilakukan di Kuala Terengganu.... Jadual/Itinerari akan dibuat berdasarkan result poll tersebut.

Dan sesiapa yang ada contact untuk homestay, please inform me ok!.... Chiao!

Saturday, April 11, 2009

Cuba teka.....



Jam menunjukkan pukul 1.20 pagi. Semua tengah lepak kat Bangi. Mak, ayah, Imi, Ila, Radhi.
Terjumpa gambar scenery ni...cantikkkk...cuba teka kat mana....Apa kata kita pergi tempat ini untuk destinasi seterusnya. Tempatnya tak la jauh, lagi dekat dari Pulau Tioman. Kalau dekat, mesti ramai boleh pergi. Mungkin 90% ahli keluarga Tok Cai boleh pergi.
hadiah akan diberi kepada sesiapa yang boleh meneka lokasi ini...:p

kecuali : iwan, najah, kak huda xleh teka..hehe

Saturday, April 4, 2009

Jalan ke Terengganu

Okay tak bertolak malam 4hb Jun? Orang JB boleh konvoi dengan orang Batu Pahat. Untuk mengetahui bagaimana rupa cabaran memandu ke Kuala Terengganu, boleh la rujuk peta Google. Click kat 'View larger map' di bawah. Peta boleh di zoom in sampai street level, boleh cari maklumat mengenai tempoh perjalanan, direction yang terperinci....dari mana-mana ke mana-mana! So, rasa boleh kot bertolak malam kan Anjang....????? :)


View Larger Map

Thursday, April 2, 2009

Places confirmed

Alhamdulillah....selesai satu bab. Tempat sudah ditempah, 4 buah chalet (share 4 org) dan 3 tapak khemah. Tarikh check in 5/6/09, check out 7/6/09.
Terima kasih kepada ahli yang sudah menbayar 100% dan 50%. At least beban kewangan telah diringankan sedikit dan gaji April & Mei boleh diperuntukkan untuk hal-hal lain.
Kepada yang masih belum berbuat apa-apa, jangan berlengah lagi kerana banyak masa telah dicurahkan untuk memastikan trip kali ini berjaya. Jalankan tanggungjawab anda!

Komputer di rumah buat problem, jadi tak dapat nak join chat kat Cbox. Nak tanya semua, sanggup tak travel pukul 12 mlm dari rumah masing-masing? Sebab perjalanan ke Kuala Terengganu mengambil masa dalam 8 jam dan bot bertolak dlm pukul 10 pagi 5/6/09. Kalau sanggup, tak payah sewa homestay 4hb tapi sewa pada 7hb selepas balik dari Pulau Redang. Jangan lupa vote di poll ye!

Senarai nama yang pergi:
Family Fiza + bibik (6)
Family Iwan (3)
Family Mak Dah (4)
Family Amat (1)
Family Anjang (7)
Family Ucu (1) (Ira sebagai wakil tapi tak confirm lagi, tertakluk kepada kata putus Ucu)

***Sekarang nak cari sponsorship pulak. Ada sesiapa yang bermurah hati atau ada rezeki lebih????hehe****

Wednesday, March 25, 2009

SUDAH TUKARRRR!


Untuk makluman, tarikh ke Redang sudah ditukar ke 4 hingga 7 Jun 2009. Tarikh sebelum ini ialah 30 Mei-2 Jun 2009.

Sekiranya ada yang masih berminat, sila hubungi saya untuk menempah tempat. Bayaran 40% perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari Ahad 29 Mac 2009.

Mereka yang pergi:
1. Family Fiza (6)
2. Family Iwan (3)
3. Ila Isabella (1)
4. Radhi OAG (1)
5. Cikgu Pendidikan Jasmani Rahmat (1)
6. Pak Rahman & Puan Faridah (2)
7. Family makcik 'Zaiton the Vet'(5)

Harapan kami adalah lagi yang nak join since tarikh sudah tukarrrr ni....:)

Monday, March 23, 2009

MAAF! MAAF!

Maafla, nak bagitau nih...Tadi dah call chalet tanya pasal booking. Dia kata dia cuma boleh hold booking sampai hari Ahad ni je (29 Mac) sbb cuti sekolah. Bermakna kena bayar 40% untuk confirmkan booking. Kalau tak bayar, dia akan let go...
Jadi ambil perhatian ya....Maafla sebab tak dapat nak negotiate lagi dengan pihak chalet. Dia kata sbb tarikh booking tuh dalam waktu cuti sekolah.
Dari itu, pembaca sekalian...sekiranya ingin pergi ke P Redang, sila hubungi saya FIZA dan bank in duit booking selewat-lewatnya pada hari Ahad melalui
Maybank2U 151016216557 Noor Rafiza A Rahman
CIMBClicks 12150011031055 Noor Rafiza A Rahman


Jangan lepaskan peluang ini! Harga pakej adalah yang terendah setakat ini!
Pakej termasuk 3 trip snorkelling, bukan 1 tapi 3!!!
Chalet betul-betul tepi laut share 4 orang...!

Sebarang pertanyaan, call me ok...... :)

Sunday, March 22, 2009

Nak pegi ke tak nak pegi?

Sorry kalau booking dateline cepat sangat....Sebenarnya level booking nih ada 3 (utk organiser):
LEVEL 1: Rough number orang yang nak menyertai rombongan. Sapa RASA nak pegi, boleh bagi nama.
LEVEL 2: Sapa dah bagi nama, kena confirmkan. Boleh lagi kalau nak cancel.
LEVEL 3: Bayaran. Selagi tak bayar, boleh cancel lagi. Kalau dah bayar, bayaran kira burn.

Q&A
Q: Kalo tak bagi nama masa Level 1, tapi nak register masa Level 2, boley ka?
A: Boleh tapi tempat tak confirm. Kena check ngan pihak chalet atau boleh ganti yang Level 1 yang cancel.

Q: Kalo nak terus bayar and register masa Level 3, boley ka?
A: Boleh dan jawapan sama seperti diatas. Sebab Level 1 tak bagi nama, tempat tak dijamin.

Sebab tuh registration Level 1 penting bagi organiser. Kalau kita cepat, boleh book tempat strategik. Kalo bulan April baru nak booking, jawabnya duduk jauh dari pantai atau chalet dah abis!...Sbb P Redang kan popular....

'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih'. Apa yang penting is time management and priority. Decide what is important to you QUICKLY....


So registerla untuk LEVEL 1 nih secepat yang mungkin untuk booking tempat. Dateline 27 MAC....
Tarikh pergi 30 Mei - 2 Jun 2009.

Friday, March 20, 2009

Pulau lagi???

Ya! Nak pergi pulau lagi untuk menambah koleksi gambar di pulau dan mengalami sendiri keindahan pulau-pulau di Terengganu. Tak sama dengan pulau Tioman sebab katanya di Marine Park sini boleh tengok kapal karam di dasar laut (Tioman tak de). Kalo nasib baik boleh tengok penyu bertelur dan baby shark. Batu karangnya pun lain dari Pulau Tioman. Siapa yang tak tengok batu karang di Tioman boleh tengok batu karang di Redang.
Selain dari itu, kalo ada masa boleh singgah sekejap tengok masjid kristal, shopping kat Pasar Payang, beli keropok lekor sebagai ole-ole atau cuba ike gore tepungg (ikan goreng tepung) (as recommended by orang Terengganu).
Sebenarnya, 4 hari tuh tak cukup...banyak benda boleh kita buat di Terengganu.

Draf itinerari untuk pakej ke Redang adalah seperti berikut:

Day 1 Tengahari Check in di Kuala Terengganu
Petang Jalan-jalan di Kuala Terengganu
Malam Rehat

Day 2 Pagi Bertolak ke Pulau Redang

Day 3 Pulau Redang

Day 4 Pagi Bertolak ke Kuala Terengganu
Tengahari Balik ke rumah masing-masing

So cepatla register (tarikh tutup 27 Mac)...takut tak dpt tempat nanti!

Thursday, March 19, 2009

Jom ke Redang!



Teregganu, negeri kaya dengan seni tradisi dan pulau-pulau yang memukau pandangan mata. Alamilah sendiri dengan menyertai rombongan kali ini ke Pulau Redang!

Redang 3 hari 2 malam
Tarikh: 30 Mei - 2 Jun 2009
Tempat: Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang
Harga: Dewasa (13 thn ke atas) RM300
Kanak2 (4 hingga 12 thn)RM150
Kanak2 3thn ke bawah RM80

Tarikh tutup pendaftaran: 27 MAC 2009

Pakej ini adalah termasuk:
* 1 malam penginapan di Kuala Terengganu
* Tambang bot pergi balik
* Makan 4 kali sehari (termasuk 1 BBQ)
* Snorkelling ke Marine Park

Pakej ini TIDAK termasuk:
Tambang & minyak pergi balik ke Kuala Terengganu

1st come 1st serve basis sebab TEMPAT ADALAH TERHAD (30 tempat sahaja!)

So far, yang confirm pergi:
1. Family Fiza (6)
2. Family Iwan (3)
3. Ila Isabella (1)

Tengok Dulu....Pastu Datang..Baru Tahu