Tuesday, June 16, 2009

Seronoknya!!!


Masih teruja bila mengingatkan percutian di Redang... walaupun ada insiden yang mengganggu jadual perjalanan, namun keindahan Pulau Redang telah mengunci mulut dan membuka mata kita supaya lebih menghargai ciptaan Allah SWT daripada memperbesarkan hal-hal yang remeh.... Dan berbangga kerana mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kesabaran yang tinggi,semangat keluarga yang utuh dan bersedia mengharungi rintangan & dugaan bersama-sama. Tahniah diucapkan kepada Keluarga Tok Cai!

Macam-macam pengalaman yang ditimba, suka & duka. Bot lambat, mabuk laut, terjun bot, salah tempat snokerling, BBQ tak dapat sausage, orang conquer karaoke, tidur macam sardin dlm chalet, anak 'ouk-ouk' tepi pantai, 'terdampar' di Pulau Kerengge, orang restoran tak layan di Batu Buruk, Masjid Kristal tutup pukul 10 dan macam-macam lagi....
Antara yang seronok; main volleyball, mandi tepi laut, snorkeling, layan buai tepi pantai, ambik gambar, lesapkan sebantal roti chalet, menghirup udara pagi di tepi pantai, makan roti bakar + kaya, sambal belacan sedap, ikan free Pakcik Rosman, eksyen bergambar dgn sotong, shopping kat jeti sementara tunggu bot sampai, gambar lompat-lompat, 'wee-wee' tepi laut, tengok orang lain seronok... Untuk saya yang seronoknya, seperti tak percaya gambar-gambar lanskap yang diambil seperti gambar-gambar di dlm majalah yang menggunakan kamera DSLR!!!
Terima kasih diucapkan kerana bersama-sama menjayakan percutian kali ini. Sudah ada pertanyaan apakah destinasi percutian seterusnya... Harap semua dapat memberikan cadangan. Sebagai permulaan, jangan lupa vote survey di sebelah nih ye....

No comments: