Friday, May 29, 2009

Perjalanan ke Terengganu

Okeh, itinerari utk Pulau Redang dah update hari tuh kan....Check balik.

Sekarang nak cerita bab memulakan perjalanan ke Terengganu. Alhamdulilah, Pcik Rosman sudah berada di Malaysia dan dapat menyertai rombongan kita kali ini (Morocco ok? Ada gempak pasal H1N1 tak?)Kalau tak, risau gak kat Anjang yang nak kena drive dari JB.

So, group JB boleh jumpa group BP kat mana-mana lah masa on the way to KT. Settle.

Group Paya Jaras pulak. Risau gak kat Mcik sebab Pcik Apiz tak dapat pegi. So siapa 2nd driver Mcik? Alhamdulillah, ada anak buah yang sedia membantu iaitu Syafiq si rambut kerinting. So Syafiq, K Fiza boleh pick up kat komuter UKM pada 4hb tuh. Preferably sampai Bangi dlm kul 2 lebih sbb K Fiza keje pagi 4hb tuh. Nanti kita jumpa Mcik kat hentian Genting Sempah on the way to Kuala Terengganu. Settle?

Group Melaka datang Bangi dulu ye....Dlm tengahari. Lunch is on orang Bangi. Budget bertolak dlm kul 2.30 ptg. Settle?

So kalau Group KL (Group Paya Jaras + Group Bangi + Group Melaka) bertolak dlm kul 3, sampai KT around 11-12 mlm. Group JB + Group BP boleh check in dulu kalau sampai awal di Homestay Mak Teh di Chendering (sebelum bandar KT). Kita sume boleh berehat di homestay Mak Teh ni.No telefon Mak Teh 019 9225251. Kita akan kembali ke homestay ni selepas trip Pulau Redang nanti. Settle?

Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh tanya kat chat box macam biasa.

Okeh?

List keperluan

Tinggal lagi 7 hari sebelum kita memulakan kembara ke Terengganu & P Redang. Berikut ialah checklist barang untuk dibawa. Antaranya:

Cash untuk goggles + tiket Marine Park (RM25 seorang)
Underwater disposable camera (dlm RM50 atau kurang)
Beach toys untuk anak-anak
Kain batik/pelikat
Kamera atau handycam
Plastik untuk simpan baju kotor
Sunblock, sunglasses & topi
Tikar kecil untuk bersantai di tepi pantai
Toileteries (syampu, berus gigi)
Khemah- bagi sesiapa yang tidoq khemah
Duit untuk shopping/keropok lekor

Makan 3 kali sehari (breakfast, lunch, dinner) sudah termasuk dlm harga pakej, berbeza di Tioman dahulu di mana kita masak sendiri. Selepas trip ini, bolehlah travellers compare cara mana yang lebih sesuai bila kita buat rombongan camni: masak sendiri vs masukkan food dlm harga pakej.

Tapi bagus jugak kalau bawa sendiri makanan ringan spt roti, jem, jajan, minuman dlm sachet kecil-kecil (milo,kopi), maggi...apa-apalah yang dirasakan sesuai. Takut kelaparan pulak sementara nak tunggu makanan dioghang. Tak payah bawak banyak-banyak....kita share sama-sama :)

Bersiap sedialah dari segi mental & fizikal kerana kita akan bersnorkelling sebanyak 3 kali. Jangan lepaskan peluang mengambil gambar dalam air dengan menggunakan disposable underwater camera.

OK, nanti cerita lagi....

Thursday, May 14, 2009

Bergaya ke Redang


Sedikit tips bergaya ke Pulau Redang....

1. Jangan pakai heels ya, pakaila selipar...santai gitu. Selipar Jepun bilik air pun boley, tambah la decoration (buat corak pakai permanent marker)...hihi

2. Tak payahla bawa handbag mahal/berjenama. Handbag yang bawak gi opis tu pun tak usahlah....Bawalah beach bag...boleh letak banyak barang... Praktikal dan bergaya! Cuba try shopping kat Rengit Parade, rasanya boleh dapat bawah RM10!hihi...Untuk barang penting spt IC, lesen, cash bolehlah bawa purse/wallet. Tapi janganlah bawah cash berkepuk-kepuk (sbb tuh suruh bayar sekarang, jangan sampai Redang baru nak bayar! Hek! Gurau je)
...

3. Pakaian renang...antara barang yang terpenting perlu dibawaOpppss!....Sorry, salah gambar...(siapa ada berani pakai ini swimsuit!??).... Sekarang dah ada pakaian renang muslimah. Tapi kalau nak pakai T-shirt ngan tracksuit je pun tak pe. Cuma kalau pakai lycra swimwear tuh, sedap sikit nak berenang/ terapung bagi yang tak reti berenang... Tak percaya, cubalah...

4. Glasses/topi....Fuh! Kalau pakai nih, mmg bergaya sakan lah...Sekarang style sunglasses besar-besar (back to the 70s)...Kedua-dua aksesori ini ialah utk perlindungan dari cahaya matahari.


5. Sunblock/Suncreen. Sebenarnya yang ini lebih penting. Yg di atas utk bergaya sahaja. Cahaya matahari sekarang tak sama mcm dulu. Cuba baca artikel mengenai sunscreen di sini. Maaf mengenai bahasanya...kot-kot bibik saya nak tahu jugak pasal 'tabir suria'...hehe. Ok, kalau nak full BM, click perkataan ini-> sunscreen

6. Hawaiian shirt utk si bujang. Bila lagi nak pakai Hawaiian shirt kalau tidak di pulau/pantai. Hawaiian shirt sejuk dlm cuaca panas, corak pun 'agak' menarik. Barulah gambar nanti nampak menarik. Bapa si bujang pun boleh pakai juga cuma takut takleh nak button kat bahagian perut je. Sesuai dipadankan dengan seluar 3/4 panjang:
Asalkan menutup aurat yea....

Itulah sedikit tips sebagai panduan...Selamat bergaya!.....

Tuesday, May 5, 2009

MENCARI SPONSOR


31 hari lagi!....Tak sabar ni....Banyak benda yang nak makan/nak buat kat Terengganu. Berita terbaru, keluarga Makcik akan ikut serta (5 orang) tapi tanpa Pcik Apiz. Kesian pulak kat Mcik....boleh ke Mcik nak drive ni????
Selain daripada itu, ingin juga mengalu-alukan sponsorship dari sesiapa sahaja. So far, Mak Dah/Pak Man sponsor homestay di Chendering + breakfast pada 7hb Jun. Sponsorship yang masih dicari:
Sewa goggles
Tiket masuk Marine Park
Makan tengahari@malam 7hb

Sesiapa yang sudi, jangan malu untuk contact saya!.... Kalau takde orang nak sponsor, sewa goggles & tiket marine park terpaksala tanggung sendiri. Makan pun masing-masing la ye....
Pastu sesiapa yang ada kenalan di Terengganu, bolehla start bertanya seperti 'makan di mana', 'gerai keropok yang mana?', 'kedai murah yang mana?' etc....