Friday, May 29, 2009

List keperluan

Tinggal lagi 7 hari sebelum kita memulakan kembara ke Terengganu & P Redang. Berikut ialah checklist barang untuk dibawa. Antaranya:

Cash untuk goggles + tiket Marine Park (RM25 seorang)
Underwater disposable camera (dlm RM50 atau kurang)
Beach toys untuk anak-anak
Kain batik/pelikat
Kamera atau handycam
Plastik untuk simpan baju kotor
Sunblock, sunglasses & topi
Tikar kecil untuk bersantai di tepi pantai
Toileteries (syampu, berus gigi)
Khemah- bagi sesiapa yang tidoq khemah
Duit untuk shopping/keropok lekor

Makan 3 kali sehari (breakfast, lunch, dinner) sudah termasuk dlm harga pakej, berbeza di Tioman dahulu di mana kita masak sendiri. Selepas trip ini, bolehlah travellers compare cara mana yang lebih sesuai bila kita buat rombongan camni: masak sendiri vs masukkan food dlm harga pakej.

Tapi bagus jugak kalau bawa sendiri makanan ringan spt roti, jem, jajan, minuman dlm sachet kecil-kecil (milo,kopi), maggi...apa-apalah yang dirasakan sesuai. Takut kelaparan pulak sementara nak tunggu makanan dioghang. Tak payah bawak banyak-banyak....kita share sama-sama :)

Bersiap sedialah dari segi mental & fizikal kerana kita akan bersnorkelling sebanyak 3 kali. Jangan lepaskan peluang mengambil gambar dalam air dengan menggunakan disposable underwater camera.

OK, nanti cerita lagi....

No comments: