Tuesday, February 15, 2011

Seronoknya di A Famosa!

Bagi pihak ahli KeluargaTokCai, diucapkan berbanyak terima kasih kepada platinum sponsor kita, Mcik & Pcik Hafidz sekeluarga di atas kesudian menjemput kami ke A Famosa Melaka. Ini dianggap satu percutian mewah kerana kami dapat duduk bukan 1 tapi 2 buah banglo di dalam A Famosa. Kami merasa seperti 'orang kaya' dapat menginap di villa yang sangat selesa yang mempunyai kolam mandi di depan rumah...muahaha.
Sudah tidak dapat menahan lapar...
Kolam mandi depan villa....Nice!
Tiket masuk ke Water World dan Animal Safari juga disponsor, membuat kami rasa sangat bertuah bersaudara dengan Mcik....ekekek... Terima kasih daun keladi, semoga Mcik & Pcik Hafidz sekeluarga dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT selalu.
Rasa nak masuk, tapi malu-malu...
Bergaya spt orang kaya sekejap...
Mcik mencuba slide di Water World
Ada beraniii?
Terima kasih juga dengan sponsor burung puyuh dan makanan lain yang dimasak oleh makcik-makcik yang tidak mengenal erti penat bila mengenangkan mulut-mulut mereka yang perlu disuap dengan makanan. Tanpa mereka, mungkin kita terpaksa menahan lapar kerana bukan ada gerai makan (harga berpatutan) berdekatan. Ini membuat sesetengah kita berfikir siapakah bakal pelapis yang akan mewarisi sifat rajin memasak mereka....
Dapur villa yang comel (bukan orang comel)
Ketika dalam sangkar di Animal Safari...

Seronok rasanya kerana percutian ini dapat disertai oleh keluarga Ucu & Pcik Emi, Azie & Izan serta percutian pertama bagi pengantin baru, Ila & Lokman. Semoga mereka juga turut gembira bercuti bersama ahli KeluargaTokCai.

Walaupun hanya untuk semalam, yang penting para ahli keluarga dapat berkumpul dan bertanya khabar. Hilang rasa penat bila dapat berborak santai, memerhati anak-anak seronok bermain di swimming pool sambil berkongsi menikmati makanan yang dibawa.
Pcik tengah rilek...
Muka puas hati....(kepanasan)

Terima kasih daun keladi......

Friday, February 11, 2011

Tahniah kepada pemenang kuiz A Famosa

Tahniah diucapkan kepada pemenang kuiz A Famosa yang bermula pada 7hb hingga 10hb Februari. Hampir kesemua tiket dibolot oleh anak-anak Anjang. Kepada yang kecundang di peringkat ini merasa terubat apabila platinum sponsor mengeluarkan 5 tiket bonus lagi pada malam terakhir. FB KeluargaTokCai tidak pernah semeriah ini! Berikut ialah senarai pemenang...
Tiket Water World
1. Wani
2. Syafiq
3. Syahida
4. Imi (+ 1 bonus tiket untuk Izy)

Tiket Animal World
1. Syafiq
2. Ana
3. Wani
4. Nadia

Tiket bonus
1. Ucu
2. Ila
3. Nadia
4. Syafiq
5.
Kepada yang lain, jangan gusar. Insyaallah platinum sponsor akan cuba dapatkan extra ticket lagi. Yang penting, plan datang pagi supaya tiket itu dapat dibahagikan. Mcik plan sampai di A Famosa dalam pukul 10-11 pagi.

Have a happy weekend!

Sunday, February 6, 2011

A Famosa_Ticket giveaways!


Ingin memenangi tiket masuk ke Wet World atau Animal Safari A Famosa? Jawab soalan kuiz A Famosa dengan tepat di facebook KeluargaTokCai dan tiket tersebut adalah milik anda! Ada 8 tiket untuk dimenangi. Jadi jangan ke mana-mana kerana soalan kuiz akan dikeluarkan pada pukul 8 mlm dan 10 mlm bermula pada hari Isnin 7 Feb hingga Khamis 10 Feb. Tungguuuuu.....

A Famosa_update terkini

Gong Xi Fa Cai! Harap apa yang dirancang sepanjang cuti Tahun Baru Cina berjalan dengan lancar. Lepas Raya Cina, jom kita bercuti ke A Famosa, Melaka pula. Bertarikh 12hb Februari, tarikh yang sengaja dipilih bagi mengelakkan kesesakan melampau yang sudah sinonim bila ada cuti perayaan. Bagi yang masih tertanya-tanya, berikut ialah soalan lazim mengenai percutian hujung minggu ini:

Duduk di mana?
Untuk makluman, penginapan disediakan percuma untuk 1 malam. 2 buah banglo di dalam A Famosa telah ditempah yang mempunyai 4 bilik setiap satu. Oleh kerana jumlah ahli keluarga yang ingin menyertai adalah lebih daripada 40 orang, maka seperti biasa kita tidur lambaklah!.... Jangan lupa bawa toto masing-masing.

Berapa RM kena bayar?
Tiada RM yang perlu dibayar kecuali anda ingin masuk ke taman tema. Tiada peruntukan disediakan untuk tiket masuk ke Water Park atau Animal Safari. Dari itu, sekiranya anda berminat melakukan aktiviti di taman tema tersebut, sila dapatkan dan bayar sendiri tiket masuk. Mungkin ahli keluarga boleh berbincang dan mengumpulkan seramai yang boleh untuk mendapatkan diskaun kumpulan. Anggaran harga tiket bagi setiap satu taman tema ialah dalam RM30-RM50.

Makan minum?
Memasak tidak dibenarkan dan tiada rancangan untuk masak sendiri. Makan minum juga tidak termasuk dalam penginapan. Jadi terpulang kepada ahli keluarga untuk merancang mengenai hal ini mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya bawa bekal, share dengan ahli keluarga lain, makan luar, curi-curi masak dan sebagainya.

Apa itinerari?
Tiada itinerari kerana aktiviti hanyalah untuk 1 malam. Duduk dan lepak sajalah! Atau berenang di swimming pool tepi banglo. Tempahan banglo ialah untuk hari Sabtu 12hb dan check in banglo ialah pada pukul 4 petang. Anda boleh datang awal dan pergi ke taman tema dahulu sebelum check in.

Jangan lepaskan peluang memenangi tiket percuma!
Sekiranya anda berminat mendapatkan tiket percuma untuk taman tema, jangan lupa menyertai kuiz A Famosa yang akan diadakan bermula esok di facebook pada pukul 8 mlm dan 10 mlm dari Hari Isnin hingga Khamis! Ada 4 tiket Wet World dan 4 tiket Animal Safari menanti pemenang bertuah!

Konsep cuti hujung minggu ini ialah sempoi dan santai jadi ia lebih kepada ad hoc plans. Apa-apa hal kita bincang di sana ok...