Sunday, February 6, 2011

A Famosa_update terkini

Gong Xi Fa Cai! Harap apa yang dirancang sepanjang cuti Tahun Baru Cina berjalan dengan lancar. Lepas Raya Cina, jom kita bercuti ke A Famosa, Melaka pula. Bertarikh 12hb Februari, tarikh yang sengaja dipilih bagi mengelakkan kesesakan melampau yang sudah sinonim bila ada cuti perayaan. Bagi yang masih tertanya-tanya, berikut ialah soalan lazim mengenai percutian hujung minggu ini:

Duduk di mana?
Untuk makluman, penginapan disediakan percuma untuk 1 malam. 2 buah banglo di dalam A Famosa telah ditempah yang mempunyai 4 bilik setiap satu. Oleh kerana jumlah ahli keluarga yang ingin menyertai adalah lebih daripada 40 orang, maka seperti biasa kita tidur lambaklah!.... Jangan lupa bawa toto masing-masing.

Berapa RM kena bayar?
Tiada RM yang perlu dibayar kecuali anda ingin masuk ke taman tema. Tiada peruntukan disediakan untuk tiket masuk ke Water Park atau Animal Safari. Dari itu, sekiranya anda berminat melakukan aktiviti di taman tema tersebut, sila dapatkan dan bayar sendiri tiket masuk. Mungkin ahli keluarga boleh berbincang dan mengumpulkan seramai yang boleh untuk mendapatkan diskaun kumpulan. Anggaran harga tiket bagi setiap satu taman tema ialah dalam RM30-RM50.

Makan minum?
Memasak tidak dibenarkan dan tiada rancangan untuk masak sendiri. Makan minum juga tidak termasuk dalam penginapan. Jadi terpulang kepada ahli keluarga untuk merancang mengenai hal ini mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya bawa bekal, share dengan ahli keluarga lain, makan luar, curi-curi masak dan sebagainya.

Apa itinerari?
Tiada itinerari kerana aktiviti hanyalah untuk 1 malam. Duduk dan lepak sajalah! Atau berenang di swimming pool tepi banglo. Tempahan banglo ialah untuk hari Sabtu 12hb dan check in banglo ialah pada pukul 4 petang. Anda boleh datang awal dan pergi ke taman tema dahulu sebelum check in.

Jangan lepaskan peluang memenangi tiket percuma!
Sekiranya anda berminat mendapatkan tiket percuma untuk taman tema, jangan lupa menyertai kuiz A Famosa yang akan diadakan bermula esok di facebook pada pukul 8 mlm dan 10 mlm dari Hari Isnin hingga Khamis! Ada 4 tiket Wet World dan 4 tiket Animal Safari menanti pemenang bertuah!

Konsep cuti hujung minggu ini ialah sempoi dan santai jadi ia lebih kepada ad hoc plans. Apa-apa hal kita bincang di sana ok...

No comments: