Wednesday, April 30, 2008

TIOMAN ISLAND, HERE WE COME!!!!

Macam tak percaya, hari yang ditunggu sudah tiba!.....Packing pagi tadi, baru perasan swimming suit dah hilang. Alamak! Ada 2 optionlah sekarang nih: 1. kena beli swimsuit baru ATAU 2. pakai kain batik... Hmmm...
Anyway, final update: konvoi dari Batu Pahat bertolak dlm pukul 9 pagi, MPV dari JB bertolak dlm kul 11 pagi, kereta dari S. Buluh join konvoi Batu Pahat.....Apa-apa pun jumpa di Masjid Jamek Mersing untuk makan dan sembahyang. Dengan bantuan 'kabel' Anjang, kita akan parking kereta di pejabat kastam. Pastu, journey kita bermulalah.....
Okeh, see you there!......

Wednesday, April 23, 2008

MAKLUMAT TERKINI


Lagi 7 hari ye para Tioman Travellers sekalian.....Buatlah persiapan awal-awal supaya percutian ini berjalan seperti diharapkan....Suka-suka juga, tapi jangan lupa untuk berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi kita kudrat dan rezeki yang membolehkan kita pergi bercuti ke Tioman ini... adalah menjadi harapan kami jika kita dapat bersama-sama bersolat jemaah 5 waktu bila di Tioman nanti (kalau kita buat jamak jadi 3 kali berjemaah la.. ;-).... Jangan lupa juga untuk berdoa semoga ahli keluarga kita dilindungi dari segala mara bahaya...sesungguhnya Dia lebih mengetahui...

Seperti yang dikhabarkan oleh OKB @ Cikgu Rahmat, rakannya yang sudah 14 tahun menetap di Tioman telah memberi sedikit gambaran keadaan di jeti pada 1 Mei nanti (sbb hari cuti kan).... mesti orang ramai gila la and mungkin tak dapat nak parking kat jeti. Kalau tak dapat parking kat jeti, kita akan parking kat stadium ok. Jadual juga ada sedikit perubahan kerana feri pagi telah penuh. Waktu feri kita ialah:

Hari 1 2.30 ptg (pergi ; bukan 10.00 pagi)

Hari 3 3.00 ptg (balik ; bukan 1.00 tengahari)

Waktu untuk berkumpul belum diputuskan....akan diberitahu kelak....Sementara itu, berikut adalah sedikit tips untuk dikongsi:
Jangan overpack (bawa lebih dari yang sepatutnya). Selain dari membazir ruang, buat penat mengangkut je.
Berkenalan dengan orang tempatan jika berkesempatan. Bila dah kenal, senang nak minta tolong
Baca atau selidik serba sedikit tentang tempat yang hendak dipergi.
Seronok-seronok juga, keselamatan jangan lupa. Sentiasa awasi anak-anak anda

Friday, April 18, 2008

MAPS UNTUK RUJUKAN !!! SILA CLICK PADA GAMBAR


Map...ke mersing...bg mudah rancang perjalanan..

Map nak ke Jetty Mersing....

PESERTA & SUSUNAN BILIK

Oleh kerana ada perubahan kepada jumlah Tioman Travellers, susunan bilik juga berubah. Susunan ini adalah cadangan sahaja, anytime boleh tukar suka sama suka. Senarai akhir peserta mengikut keluarga Tok Cai:
Mak Long 1
Mak Dah 14 (Apis+Iza tarik diri)
Mak Eee 6
Anjang 5
Makcik 6
SUSUNAN BILIK :

Room 1 (8 org) : Anjang(5), Mlong, Mak, Ila mixed
Room 2 (7 org) : Makcik(3), Mak Eee(4)
all female
Room 3 (10 org)
: Fiza(4), Iwan(3), Amat(3)
mix
Room 4 (7 org)
: Pcik Hamzah(2), Pcik Apiz(3), Ayah, Radhi all male

Thursday, April 17, 2008

LATEST UPDATE

Maaf lama dah tak provide update. Tak sangka ada kerja yang perlu disettlekan dahulu sebelum dapat berangan bercuti di Tioman. Bagaimana rasa para Tioman Travellers sekalian? Dah dalam mood bercuti ke memandangkan kita ada 13 hari lagi untuk menunggu..... ;-)
Antara update yang ingin dikongsi:
1) Semua berkumpul di jeti Mersing paling lewat pukul 9 pagi. Parking kereta di jeti Mersing. Kena bayar untuk 3 hari 2 malam dlm RM20 ke bawah.
2) Masjid terdekat untuk bersembahyang Jumaat ialah di Kampung Tekek. Dlm 20 minit berjalan kaki.
3)Kita akan menaiki feri bukan bot. So perjalanan memakan masa dalam 2 jam.
4)ABC (tempat kita akan menginap) tidak sama seperti di Salang. Salang ialah tempat tourist so ramai Mat Saleh. ABC lebih tenang dan damai.
Selain daripada itu, berikut adalah panduan checklist barang-barang yang perlu dibawa:
- Beach toys untuk anak-anak
- Kain batik/pelikat
- Kamera atau handycam
- Underwater camera (disposable)
- Plastik untuk simpan baju kotor
- Sunblock, sunglasses & topi
- Tikar kecil untuk bersantai di tepi pantai
- Toiletteries (syampu, berus gigi)

- Pil mabuk/Minyak kapak/asam / oren (untuk tahan mabuk)
- Wang saku secukupnya

Monday, April 7, 2008

CADANGAN MENU

CADANGAN MENU....UNTUK ACARA MAKAN-MAKAN.....
Sila Download ...Click here!!!

Mari kita cerita pasal makan.....kena dengar lagu nyum...nyum

JALIL HAMID - MAKAN .....

PESANAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN :

Tuesday, April 1, 2008

Sila bayar sekarang!

Kita sekarang sudah berada di dalam bulan April dan Insyaallah jika tiada aral melintang, kita akan ke Tioman dlm bulan Mei! Yahoo! Tapi sebelum itu, para Tioman Travellers diminta membuat pembayaran secepat mungkin (sebelum duit tuh abis!) supaya kita boleh fokus kepada persediaan untuk bercuti. Senarai terkini mereka yang sudah membayar:
1. Iwan + Huda + Najah = RM550
2. Ila = RM250
3. Mak Long = RM250
4. Mak + Ayah + Radhi = RM750
5. Anjang = RM450 + RM20(sponsor utk hadiah sukaneka, TQ)
6. Mak Eee = RM550
7. Makcik = RM500
Kepada yang lain, janganlah bayar last minute. Ikut cara mereka di atas, lunaskan apa yang perlu dahulu hehe!Cara pembayaran adalah seperti berikut:
Maybank2U 151016216557 Noor Rafiza A Rahman
CIMBClicks 12150011031055 Noor Rafiza A Rahman