Wednesday, March 25, 2009

SUDAH TUKARRRR!


Untuk makluman, tarikh ke Redang sudah ditukar ke 4 hingga 7 Jun 2009. Tarikh sebelum ini ialah 30 Mei-2 Jun 2009.

Sekiranya ada yang masih berminat, sila hubungi saya untuk menempah tempat. Bayaran 40% perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari Ahad 29 Mac 2009.

Mereka yang pergi:
1. Family Fiza (6)
2. Family Iwan (3)
3. Ila Isabella (1)
4. Radhi OAG (1)
5. Cikgu Pendidikan Jasmani Rahmat (1)
6. Pak Rahman & Puan Faridah (2)
7. Family makcik 'Zaiton the Vet'(5)

Harapan kami adalah lagi yang nak join since tarikh sudah tukarrrr ni....:)

Monday, March 23, 2009

MAAF! MAAF!

Maafla, nak bagitau nih...Tadi dah call chalet tanya pasal booking. Dia kata dia cuma boleh hold booking sampai hari Ahad ni je (29 Mac) sbb cuti sekolah. Bermakna kena bayar 40% untuk confirmkan booking. Kalau tak bayar, dia akan let go...
Jadi ambil perhatian ya....Maafla sebab tak dapat nak negotiate lagi dengan pihak chalet. Dia kata sbb tarikh booking tuh dalam waktu cuti sekolah.
Dari itu, pembaca sekalian...sekiranya ingin pergi ke P Redang, sila hubungi saya FIZA dan bank in duit booking selewat-lewatnya pada hari Ahad melalui
Maybank2U 151016216557 Noor Rafiza A Rahman
CIMBClicks 12150011031055 Noor Rafiza A Rahman


Jangan lepaskan peluang ini! Harga pakej adalah yang terendah setakat ini!
Pakej termasuk 3 trip snorkelling, bukan 1 tapi 3!!!
Chalet betul-betul tepi laut share 4 orang...!

Sebarang pertanyaan, call me ok...... :)

Sunday, March 22, 2009

Nak pegi ke tak nak pegi?

Sorry kalau booking dateline cepat sangat....Sebenarnya level booking nih ada 3 (utk organiser):
LEVEL 1: Rough number orang yang nak menyertai rombongan. Sapa RASA nak pegi, boleh bagi nama.
LEVEL 2: Sapa dah bagi nama, kena confirmkan. Boleh lagi kalau nak cancel.
LEVEL 3: Bayaran. Selagi tak bayar, boleh cancel lagi. Kalau dah bayar, bayaran kira burn.

Q&A
Q: Kalo tak bagi nama masa Level 1, tapi nak register masa Level 2, boley ka?
A: Boleh tapi tempat tak confirm. Kena check ngan pihak chalet atau boleh ganti yang Level 1 yang cancel.

Q: Kalo nak terus bayar and register masa Level 3, boley ka?
A: Boleh dan jawapan sama seperti diatas. Sebab Level 1 tak bagi nama, tempat tak dijamin.

Sebab tuh registration Level 1 penting bagi organiser. Kalau kita cepat, boleh book tempat strategik. Kalo bulan April baru nak booking, jawabnya duduk jauh dari pantai atau chalet dah abis!...Sbb P Redang kan popular....

'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih'. Apa yang penting is time management and priority. Decide what is important to you QUICKLY....


So registerla untuk LEVEL 1 nih secepat yang mungkin untuk booking tempat. Dateline 27 MAC....
Tarikh pergi 30 Mei - 2 Jun 2009.

Friday, March 20, 2009

Pulau lagi???

Ya! Nak pergi pulau lagi untuk menambah koleksi gambar di pulau dan mengalami sendiri keindahan pulau-pulau di Terengganu. Tak sama dengan pulau Tioman sebab katanya di Marine Park sini boleh tengok kapal karam di dasar laut (Tioman tak de). Kalo nasib baik boleh tengok penyu bertelur dan baby shark. Batu karangnya pun lain dari Pulau Tioman. Siapa yang tak tengok batu karang di Tioman boleh tengok batu karang di Redang.
Selain dari itu, kalo ada masa boleh singgah sekejap tengok masjid kristal, shopping kat Pasar Payang, beli keropok lekor sebagai ole-ole atau cuba ike gore tepungg (ikan goreng tepung) (as recommended by orang Terengganu).
Sebenarnya, 4 hari tuh tak cukup...banyak benda boleh kita buat di Terengganu.

Draf itinerari untuk pakej ke Redang adalah seperti berikut:

Day 1 Tengahari Check in di Kuala Terengganu
Petang Jalan-jalan di Kuala Terengganu
Malam Rehat

Day 2 Pagi Bertolak ke Pulau Redang

Day 3 Pulau Redang

Day 4 Pagi Bertolak ke Kuala Terengganu
Tengahari Balik ke rumah masing-masing

So cepatla register (tarikh tutup 27 Mac)...takut tak dpt tempat nanti!

Thursday, March 19, 2009

Jom ke Redang!



Teregganu, negeri kaya dengan seni tradisi dan pulau-pulau yang memukau pandangan mata. Alamilah sendiri dengan menyertai rombongan kali ini ke Pulau Redang!

Redang 3 hari 2 malam
Tarikh: 30 Mei - 2 Jun 2009
Tempat: Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang
Harga: Dewasa (13 thn ke atas) RM300
Kanak2 (4 hingga 12 thn)RM150
Kanak2 3thn ke bawah RM80

Tarikh tutup pendaftaran: 27 MAC 2009

Pakej ini adalah termasuk:
* 1 malam penginapan di Kuala Terengganu
* Tambang bot pergi balik
* Makan 4 kali sehari (termasuk 1 BBQ)
* Snorkelling ke Marine Park

Pakej ini TIDAK termasuk:
Tambang & minyak pergi balik ke Kuala Terengganu

1st come 1st serve basis sebab TEMPAT ADALAH TERHAD (30 tempat sahaja!)

So far, yang confirm pergi:
1. Family Fiza (6)
2. Family Iwan (3)
3. Ila Isabella (1)

Tengok Dulu....Pastu Datang..Baru Tahu