Tuesday, May 20, 2014

Makanan & Penyediaan


Kita pasti perlu makan di Limastiga nanti kan... Dicadangkan:



Gotong-royong = ahli keluarga sama-sama membantu penyediaan bahan memasak

Para ahli keluarga disaran membawa sedikit peralatan memasak dan bahan-bahan. Antaranya:

  • Pisau
  • Kuali
  • Beras (periuk nasi disediakan)
  • Teh/Kopi
  • Milo/Gula
  • Roti/Butter
  • Bahan tumis
  • Telur
  • Kordial
  • Pencuci pinggan/span
  • Apa-apa yang dirasa sesuai
 Jangan lupa membawa pinggan/sudu dan cawan untuk kegunaan sendiri.

SABTU 7 Jun
Keluarga boleh lah membawa makanan sudah sedia dimasak untuk minum petang atau makan malam. Cadangan dinner untuk Sabtu 7hb ialah:
  1. Ayam Masak Merah*
  2. Sayur Tempe Goreng*
  3. Telur/Ikan Goreng
  4. Nasi putih
* Disponsor oleh Mak Dah


AHAD 8 Jun (Hari yang penuh dengan aktiviti!)

Mari kita sama-sama menyediakan sarapan! Antara cadangannya:
  • Roti/butter/kaya
  • Cereal & Susu
  • Bihun Goreng
  • Nasi Goreng (guna nasi lebih semalam kalau ada)
Makan tengahari pula akan ditaja oleh Bendahari kita, K Ly. Antara lauk-lauknya:

  • Ikan kembung masak asam pedas
  • Daging masak kicap
  • Sayur campur
  • Ikan masin gelama & sambal belacan

Pada malamnya pula, kita sama-sama menikmati BBQ yang kita perap & bakar sendiri (gotong-royong ye). Tempat BBQ yang disediakan menggunakan gas, jadi tidak perlu membawa arang. Bagus kan?

ISNIN 9 Jun
Hari terakhir di mana kita akan check out pada pukul 12.00 tengahari.
Seperti biasa, sarapan kita akan sama-sama sediakan. Kita akan gunakan segala bahan mentah yang dibawa.
best breakfast cereal for nutrition | breakfast

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang menyumbang untuk memastikan ahli keluarga KTC tidak kelaparan nanti!

Countdown: 18 hari lagi......

Games Family Day KTC

 Alhamdulillah, pada 18hb Mei yang lalu selesai perbincangan mengenai aktiviti untuk Family Day KTC 2014 yang akan diadakan pada 7-9 Jun nanti. Lebih dari 10 games telah dicadangkan. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah hadir dan bersama-sama memerah otak memeriahkan sesi perbincangan.





Hasil daripada perbincangan tersebut, berikut ialah senarai games yang pastinya mengujakan para ahli keluarga di Limastiga nanti. Insyaallah penyertaan anda tidak sia-sia kerana hampir setiap games menawarkan hadiah-hadiah menarik!


 


Untuk memeriahkan acara games ini, diharap Abg Pie bersedia untuk menerima tugasan sebagai MC! Juga diharap para muda belia akan membantu AJK untuk memastikan acara berjalan dengan lancar.

Countdown: 18 hari lagi...