Monday, December 27, 2010

Keputusan Kejohanan Bowling Keluarga Tok Cai 2010

TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang. Keputusan penuh adalah seperti berikut:
Pemenang 'Jatuhan Pin Terbanyak':
Juara: Mohd Rahimi A Rahman (Imi) _433
Naib Juara: Mohd Radhi A Rahman (Radhi) _402
Ketiga: Mohd Syafiq Rosman (Syafiq) _ 398
Keempat: Hafizal Mohamad (Abu) _ 387
Kelima: Mohd Redzuan A Rahman (Iwan) _ 360




Kedudukan Kumpulan:
DEWASA
Juara: Abu+Syafiq+Ila+Luqman _1432
Naib Juara: Amat+Radhi+Iqbal+Fiza _1347
Ketiga: Pcik Hamzah+Imi+Akmal+Nanie _1346
Keempat: Iwan+Faiz+Huda+Farid _1231

KANAK-KANAK
Juara: Izi+Eisya+Jasmin+Alif _635
Naib Juara: Irdina+Najah+Irsyad+Kasyif_517

Pemenang "3 strike in a row": Hafizal Mohamad (Abu)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi kami, tiada yang tewas. Semua ahli keluarga adalah pemenang!

Gambar oleh Nanie Abdul Hamid. More pics in facebook.

TAHNIAH!


Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Keluarga Tok Cai 2010 yang diadakan di BowlZone, The Summit Batu Pahat semalam. 24 peserta (8 kanak-kanak, 16 dewasa) telah hadir untuk berentap merebut gelaran dan hadiah yang disediakan. Pelbagai aksi , gelagat dan karenah sepanjang kejohanan terutamanya kanak-kanak yang menghiburkan para hadirin.
Syabas diucapkan kepada ibubapa yang sabar melayan anak-anak mereka dan membantu pemain-pemain cilik ini menyudahkan balingan mereka. Insyaallah dengan aktiviti seperti ini membantu mengajar mereka tentang keazaman, fokus dan kesabaran.
Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang hadir: Pcik Emi, Ucu, P Man, Mak Dah, Mak Ee yang setia memberi semangat dan komen supaya balingan adalah tepat dan mengenai sasaran. Terima kasih kepada P Emi & Ucu kerana belanja KFC yang lazat sehingga menjilat jari dan Mak Dah kerana masak asam pedas ikan pari yang tiada tandingan untuk makan tengahari.
Tahniah kepada sesiapa yang baru 1st time main bowling. Seronokkan....Apatah lagi bila bermain bersama ahli keluarga.
"Terrernya!" kepada para juara dan pemenang. Debaran kini berakhir. Kepada yang kecundang, ini bukanlah terakhir. Masih banyak lagi peluang dan masa untuk membuktikan kemampuan anda.

Apa-apa pun, yang pasti terpancar kegirangan dan kepuasan di wajah mereka kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga. Dapat dirasakan matlamat kejohanan ini tercapai untuk merapatkan lagi ukhuwah melalui aktiviti sukan.

Sudah ada ura-ura supaya kejohanan ini diadakan setiap tahun. Harapan kami lebih ramai lagi ahli keluarga yang dapat menyertai aktiviti di masa yang akan datang.

Sekali lagi, TAHNIAH untuk semua!

Gambar oleh Nanie Abdul Hamid. Thank you Nanie!

Saturday, December 25, 2010

Syarat dan peraturan

Jenis permainan Kejohanan Bowling Keluarga Tok Cai 2010:
  • 10 pin bowling
  • Permainan secara cross lane
  • Lane ditentukan secara cabutan undi
  • 3 game bagi Dewasa dan 2 game bagi Kanak-kanak.
  • Ibubapa digalakkan memberi sokongan kepada kumpulan kanak-kanak. Berikan mereka peluang membaling, jangan ibubapa pula yang membaling.


Beberapa syarat dan peraturan:
  • Pemain tidak dibenarkan meng 'psycho'  pemain lain secara keterlaluan. Ia boleh mengganggu fokus pemain tersebut.
  • 'Psycho' fizikal tanpa bunyi dibenarkan.
  • Hadiah '3 strike in a row' diberikan kepada pemain pertama yang melaungkan 'TURKEY'

Sebagai tanda kenangan, para ahli keluarga Tok Cai akan bergambar bersama sebelum permainan.....

SELAMAT BERTANDING!....

Friday, December 24, 2010

A Famosa Resort

Berita baik untuk ahli KeluargaTokCai!

Apa kata kita bersantai di A Famosa Resort, Melaka pada hari Sabtu, 12hb Februari 2011 (1 malam). Kita boleh mandi-manda di WaterWorld di sebelah pagi sebelum check in di penginapan yang disponsor oleh Makcik ialah banglo resort berswimming pool!
 

Selepas WaterWorld, apa kata kita meninjau A Famosa Animal World Safari yang berbeza dari zoo biasa.

Kita boleh melihat dengan lebih dekat binatang-binatang yang ada di sini dengan menaiki bas/lori berpagar.
 
Pasti mengujakan!
Atau kalau anda hanya ingin berehat, duduk saja dan bersantai di banglo atau berenang di private swimming pool...
Pada sebelah malamnya, sekiranya anda larat lagi bolehlah berjalan-jalan di Cowboy Town atau kita keluar makan besar di Umbai Ikan Bakar...
 
Apa lagi! Jangan tunggu, duduk dan tunggu. Ringankan mulut dan rajin-rajinla bertanya mengenai percutian ini. Siapa cepat, dia dapat! Tempat adalah terhad kerana percutian ini adalah disponsor. Kalau ada yuran pendaftaran pun, ia adalah sangat-sangat minima.

Sila hubungi Makcik di 012 6452160 untuk keterangan lanjut.

Cuti-cuti Malaysia....

Jangan lupa!

Ingin mengingatkan para bowlers sekalian, jangan lupa bawa sepasang stokin untuk kejohanan Ahad ini. Kalau ada yang terlupa, boleh saja pinjam orang Batu Pahat punya. Kalau muat la kan....SELAMAT BERENTAP!
 

Wednesday, December 22, 2010

Pesanan terakhir


Tinggal 5 hari saja lagi Summit Batu Pahat akan digegarkan dengan balingan bola bowling KeluargaTokCai. Semua pemain nampaknya sudah cukup bersedia dan tidak sabar untuk berentap bagi meraih gelaran juara yang pertama untuk kejohanan bowling ini. Antara hadiah-hadiah yang disediakan ialah 'best group', '3 strike in a row' dan jatuhan pin terbanyak individu.
Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa objektif kejohanan ini dianjurkan ialah untuk merapatkan ukhuwah ya, bukan untuk melihat siapa juara.

Kejohanan akan bermula tepat jam 9.30 pagi. Dari itu, para peserta dinasihatkan berada di Summit dalam pukul 9.00 pagi untuk urusan pendaftaran. Permainan dijangka tamat pada pukul 1.00 petang. Makanan ringan ada disediakan.

Setiap kumpulan bolehlah memikirkan nama kumpulan dan tag line yang gempak bagi memeriahkan suasana.

Jumpa di sana!

Sunday, December 19, 2010

Update terkini

Alhamdulillah, selesai sudah majlis kenduri Ila pada 18hb Dis. Sama cantik sama padan... semoga ikatan berkekalan....

Update terkini mengenai Kejohanan Bowlng KeluargaTokCai 2010:
1) Dua keluarga telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
2) Terdapat 4 kumpulan dan bukan 5
3) Ahli kumpulan terpaksa di'shuffle' semula

Berikut ialah kumpulan dan ahlinya yang terbaru:
Kumpulan 1
Pcik Hamzah
Akmal
Imi
Nani

Kumpulan 2
Fizal
Syafiq
Ila
Lokman

Kumpulan 3
Iwan
Faiz
Huda
Daud

Kumpulan 4
Amat
Radhi
Faizah
Iqbal

Bagi kanak-kanak:
Izi (ketua)
Jasmin
Eisya
Alif

Irdina (ketua)
Irsyad
Najah
Kasyif

Setiap kumpulan bolehlah mendaftarkan nama kumpulan sebelum kejohanan bermula. Kita jumpa di Summit!

Wednesday, November 24, 2010

Status terkini



Sekretariat telah pun menempah lane di Summit Batu Pahat untuk kejohanan pada 26hb Disember 2010 nanti. Para peserta diminta hadir pada pukul 9 pagi kerana permainan akan dimulakan tepat pada pukul 9.30 pagi.
Para peserta juga diminta membuat pembayaran yuran secepat mungkin untuk urusan seterusnya. Hanya 3 peserta yang sudah membuat pembayaran. Bagi yang berada di Batu Pahat, bolehlah membuat pembayaran secara tunai kepada Radhi no tel 013 7928696 secepat mungkin. Atau boleh bayar terus kepada Noor Rafiza 151016216557 melalui Maybank2u.

Terdapat 3 kumpulan kanak-kanak dan 5 kumpulan dewasa. Permainan ialah 2 game bagi kanak-kanak dan 3 game bagi dewasa. Antara hadiah-hadiah yang disediakan ialah Kumpulan Terbaik bagi kategori kanak-kanak dan dewasa, 'Jatuhan pin terbanyak' dan '3 strike in a row' bagi kumpulan dewasa.

Jangan tunggu lagi, berlatihlah dan susun strategi anda!......

Thursday, November 18, 2010

Yuran pendaftaran Kejohanan Bowling 2010

Jangan lupa membayar yuran pendaftaran untuk kejohanan sebelum Disember 2010. Pihak penganjur memerlukan sedikit bantuan kewangan daripada mereka yang bekerja di mana jumlah pembayaran telah dibundarkan kepada 50 terhampir. Berikut ialah jumlah dan status pembayaran:

Fizal & family (5)   RM100 pd
Apis & family (3)   RM20 pd
Iwan & family (3)  RM50 pd
Amat & family (2) RM50 pd
Ila & future hubby (2) RM50
Imi (1)         RM20   pd
Radhi (1)     RM20   pd
Faiz (1)     RM50 pd
Faiza (1)   RM20 pd
Pcik Imi & family (6) RM60 pd
Anjang & family (7) RM150 cancel
Makcik & family (5) RM100 cancel
Nanie (1)  RM20 pd
Pcik Hamzah, Izi, Farid  RM40 pd

Sebarang bantahan sila kemukakan di ruangan 'COMMENTS'.

p/s: Pendaftaran untuk menyertai kejohanan selepas tarikh tutup dibenarkan sekiranya cukup 5 orang sebagai 1 kumpulan. Sekiranya tidak cukup, mereka masih boleh bermain tetapi untuk suka-suka sahaja. Terima Kasih.

Wednesday, November 10, 2010

Pemilihan pemain telah dilakukan!


Maaf kerana tidak dapat menyiarkan keputusan pemilihan lebih awal. Pemilihan telah dibuat sebentar tadi oleh rakan sekerja secara adil (kerana mereka tidak mengenali anda!) Pemilihan tidak dapat dijalankan oleh badan berkecuali yang dipilih sebelum ini kerana faktor masa yang tidak mengizinkan. Berikut ialah senarai kumpulan:
Kumpulan 1
P Imi_V
Apis_SP
Akmal_SP
Fiza_SP
Najihah_A

Kumpulan 2
Makcik_V
Iwan_SP
Luqman_SP
Faiz_SP
Izzati_A

Kumpulan 3
P Hafiz_V
Ila_SP
Imi_SP
Radhi_SP
Hadhinah_A

Kumpulan 4
P Rosman_V
Fizal_SP
Syafiq_SP
Nanie_SP
Faiza_A

Kumpulan 5
Anjang_V
Huda_SP
Amat_SP
Zulhilmi_SP
Iqbal_A

Bagi kategori kanak-kanak yang diketuai oleh Amatur:
Kumpulan 1
Zawani_A
Jasmin
Raihanah
Irsyad

Kumpulan 2
Nadia_A
Eisya
Najah
Alif

Kumpulan 3
Amira_A
Irdina
Farhana
Kasyif

Dengan ini secara rasmi, KEHANGATAN KEJOHANAN SUDAH BERMULA! Untuk menyemarakkan lagi semangat para pemain bolehlah berbincang mengenai strategi untuk menang! Good Luck!

P/S: Jangan lupa start bayar yuran ye....

Thursday, October 28, 2010

Penentuan kumpulan dan pemain

Penentuan kumpulan dan pemain Kejohanan Bowling KeluargaTokCai 2010 akan diadakan pada hari Sabtu, 30 Oktober 2010. Penentuan dibuat secara cabutan nama sementara Mak Long dan Azie telah dilantik sebagai badan berkecuali untuk membuat cabutan tersebut. Pemain masih boleh menukar kumpulan dengan pemain lain atas dasar suka sama suka.

Sementara itu, kategori pemain telah diubah untuk memudahkan pembahagian kumpulan.

Ketua kumpulan adalah terdiri daripada VETERAN:
Anjang
Pcik Rosman
Makcik
Pcik Hafiz
Pcik Imi

AMATUR
Najihah       Amira
Hadhinah    Nadia
Faiza          Zawani
Iqbal          Izzati
3 orang dari amatur akan menjadi ketua kumpulan bagi group KANAK-KANAK.

SEMI PRO
Rahimi         Fizal
Radhi          Syafiq
Zulhilmi       Nanie
Iwan           Akmal
Faiz            Ila
Fiza            Amat
Rafeez       Huda
Luqman

KANAK-KANAK
Jasmin                Kasyif
Raihanah            Farhana
Irsyad                Irdina
Eisya                 Alif
Najah

Jangan lupa melawat blog ini untuk melihat siapakah ahli kumpulan anda. Sementara itu, saksikan pemain termuda dalam kejohanan bowling ini berlatih!

Thursday, October 21, 2010

Kluang Rail Coffee

Pernah pergi Kluang Rail Coffee? Kopitiam ini terkenal dan selalu disebut-sebut.... Apa lagi orang Johor, jangan lupa singgah di kopitiam ini. Betulkah ianya sehebat seperti yang diperkatakan? Sape yang dah pergi, boleh komen kat sini....




Direction ke sana
Bila tiba Kluang, cari papan tanda ke arah stesen keretapi.


Pernah pergi Februari lalu tetapi silap hari... tutup hari Khamis daaaa......
So, dapat posing depan kedai je... ;-)

Saturday, October 16, 2010

Bantuan diperlukan_JB-Putrajaya


Tahniah diucapkan kepada Anjang (Zaida Hussin) yang bakal berhijrah ke Putrajaya dalam tarikh terdekat ini kerana dinaikkan pangkat. Dikhabarkan Anjang memerlukan bantuan sesiapa yang sudi membantunya berpindah. Sesiapa yang berkelapangan dan ingin membantu, bolehlah menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut.
Pakcik Rosman masih di Morocco, mungkin Anjang memerlukan sokongan dan sama-sama memantau kerja-kerja pemunggahan barang?
Selamat datang ke Putrajaya! Nanti sudah ada 4 family KeluargaTokCai di Bangi-Putrajaya! Bolehlah plan jalan-jalan bersama-sama.... ;-)

Penyertaan ditutup

Secara rasmi, penyertaan kejohanan bowling ditutup semalam. Berikut ialah nama-nama yang telah mendaftar:
V_veteran              A_amatur
SP_semi pro         K_ kanak-kanak

1. Zaida (Anjang)_V
2. Pck Rosman_V
3. Syafiq_SP
4. Zulhilmi_A
5. Zaiton (Makcik)_V
6. Pck Hafidz_V
7. Hadhinah_A
8. Najihah_A
9. Raihanah_K
10. Pck Imi_V
11. Izzati_A
12. Akmal_A
13. Iqbal_A
14. Amira_A
15. Irsyad_K
16. Ahmad Faiz_SP
17. Faiza_SP
18. Nanie_A
19. Hafizal_SP
20. Zawani_A
21. Irdina Afiqah_K
22. Jasmin Nadirah_K
23. Kasyif_K
24. Mohd Rafeez_SP
25. Nur Ain Batrisya_K
26. Iman Rayyan_K
27. Mohd Redzuan_SP
28. Nurul Huda_SP
29. Nurun Najah_K
30. Mohd Rahmat_SP
31. Alif Haikal_K
32. Noor Rahila_SP
33. Luqman (dah official ahli keluarga pada tarikh bowling, so penyertaan sah...ahaks!)_SP
34. Mohd Rahimi_SP
35. Mohd Radhi_SP
36. Nadia_A


Berdasarkan pnyertaan, kumpulan akan dibahagikan mengikut umur dan tahap kemahiran (skill). Setiap kumpulan akan diketuai oleh veteran dan ahlinya terdiri daripada semi pro dan amatur sementara kanak-kanak diletakkan dalam satu kumpulan. Hanya dengan cara ini pemain dapat bergaul dengan saudara mara lain dan tidak tertumpu kepada ahli keluarga sendiri sahaja. Pembahagian kumpulan akan dibuat seadil yang mungkin.

Bagi yang telah mendaftar, bolehlah membuat pembayaran yuran sebanyak RM10 (kanak2/veteran) dan RM20 (amatur & semi pro) kepada Noor Rafiza ke akaun Maybank2u 151016216557 sebelum 15 November 2010 untuk urusan seterusnya.

Monday, October 11, 2010

Next family activity 2011

Tup tap tup tap, dah pun bulan Oktober. Tinggal lagi 2 bulan lebih sebelum melangkah ke tahun baru 2011. Cuti sekolah panjang bakal bermula begitu juga dengan SPM. Keluarga pun sibuk dengan kenduri kendara....
Untuk meneruskan aktiviti keluarga, di harap ahli keluarga dapat memberi cadangan apakah aktiviti keluarga seterusnya yang ingin diadakan. Tak kisah apa jua bentuk aktiviti seperti percutian, perkelahan, sukaneka dan sebagainya.... Kami memerlukan input anda...

Thursday, October 7, 2010

Event sepanjang Oktober-Disember 2010


Antara event sepanjang Oktober-Disember:
5-12 OKT                PMR
22 NOV - 16 DIS     SPM
30 NOV                   Rahimi konvo (UiTM)
18 DIS                     Ila kahwin
25 DIS                     Syima bertunang
26 DIS                     Kejohanan Bowling Keluarga TokCai 2010

Sila catat di kalendar anda!

Wednesday, October 6, 2010

Kejohanan Bowling 2010


Untuk kelainan pada tahun ini, KeluargaTokCai akan mengadakan Kejohanan Bowling 2010 sebagai aktiviti tahunan KeluargaTokCai. Ianya terbuka kepada seluruh ahli keluarga Tok Cai tidak kira tua atau muda. Tidak perlu gusar jika anda tidak pernah bermain bowling kerana tujuan kejohanan ini diadakan lebih kepada mengeratkan lagi silatuhrahim di antara ahli keluarga. Inilah masanya untuk anda mencuba sukan yang menyeronokkan ini bersama ahli keluarga anda. Maklumat kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh     Ahad, 26 Disember 2010
Masa      9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat   The Summit, Batu Pahat
Bayaran  Kanak-kanak (1-12 tahun)                        RM10
                    Remaja/Dewasa (13-40 tahun)             RM20
                    Veteran (40 tahun ke atas)                    RM10

* Tempat dan tarikh adalah tertakluk kepada perubahan (jika ada) yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

 Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan berentap merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Borang penyertaan telah diedarkan pada Hari Raya di rumah Tok Cai dan seramai 31 orang telah pun mendaftar. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 15 Oktober 2010.

Para peserta boleh mula membayar yuran penyertaan hari ini dan selewat-lewatnya pada 30 November 2010. Bayaran boleh dibuat melalui bayaran online Maybank2u ke akaun 151016216557 Noor Rafiza A Rahman.

Friday, October 1, 2010

Sunway Lagoon bersama keluarga









Keluarga Mak Dah (kecuali Huda & Najah) telah memilih Sunway Lagoon sebagai aktiviti hujung minggu kali ini pada 27 Jun 2010. Dengan menggunakan season pass dan Mykad bagi warga tua, sedikit wang dapat dijimatkan melalui diskaun yang ditawarkan.

Seronok bila pergi ramai-ramai nih. Macam-macam kerenah dan macam-macam perangai. Cuaca boleh tahan panas walaupun hujan di waktu pagi ketika kami bertolak dari Bandar Baru Bangi. Sunway Lagoon tidak seramai semasa musim cuti sekolah, memang sengaja ambil hujung minggu di luar waktu cuti sekolah untuk mengelakkan sesak.

Ada yang muntah dan pening-pening naik roller coaster dan rides yang dilambung ke langit. Ada yang gayat naik ferris wheel. Bagi kanak-kanak, tiada apa yang boleh menakutkan mereka!

Dalam pukul 6 petang barulah kami bersurai balik ke negeri masing-masing...

p/s: Ada sorang 'anak angkat' Mak Dah yang ikut trip ini...hihi..