Wednesday, November 23, 2011

Welcome back!

Rasa seperti baru sahaja menyambut tahun 2011. Tup!Tup! Dah bulan November, dah nak masuk tahun 2012. Tak sempat nak menulis mengenai Hari Raya Puasa & Hari Raya Haji. Selain daripada perayaan, banyak peristiwa lain yang berlaku tahun ini. Ahli keluarga pun banyak peringkat, jadi macam-macamlah seperti menduduki peperiksaan penting UPSR/PMR, yang graduate, yang bertunang, yang berkahwin, yang menerima cahayamata. Tahniah! Alhamdulillah! Kira lengkaplah tahun ni....Tahun depan, insyaallah meriah juga, ameen.
Event baru yang telah diwar-warkan di fb ialah melawat Universal Studio Singapore pada bulan April tahun depan. Respon so far banyak daripada mereka-mereka yang muda belia. Harap-harap plan ini menjadi.
Hari ini semasa melayari laman sesawang, terjumpa pula blog Limastiga ini. Menarik! Harga pun macam ok. Cantik dan ada swimming pool. Macam sesuai untuk percutian keluarga apa tah lagi kalau booking kesemua bilik. Cuma tempat ini hanya menerima maksimum 24 orang sahaja. Kalau ramai ahli keluarga nak ikut, macam mana? We'll see how it goes ok..




Di pintu masuk

Ada swimming pool

Limastiga : Pavilion


Tuesday, July 19, 2011

Snowalk I-City, Shah Alam

Bagi yang nak tahu 'benarkah snow itu sejuk' atau merasa kesejukan snow itu, boleh datang ke I-City, Shah Alam kerana kini sudah ada tarikan Snowalk di situ. Dibuka mulai 10 pagi, datanglah sebelum pukul 6 petang sebab tiket lebih murah. Sebelum pukul 6 petang harganya RM15 dan selepas ialah RM25 bagi dewasa. Manakala kanak-kanak pula RM10 sebelum pukul 6 dan RM20 selepas pukul 6.

Harga yang sebelum 6.00 petang dia tak cerita.
Parking pula ialah RM10 untuk sebuah kereta. Parking straight kat G kalau datang sianglah. Kalau datang malam confirm tak dapat.

Untuk bersedia masuk ke Snowalk:
  • Jaket disediakan jadi pilihlah yang mana suka
  • Boot kalau tak nak sewa (RM10), pakaila kasut sneakers kalis air atau bawa boot sendiri
  • Glove bawa kalau ada. Tidak disediakan tapi ada dijual di situ
  • Kamera supaya lawatan ini berbaloi. Amik gambar banyak-banyak
Suhu ialah -5 celcius. Bagi yang sudah pernah merasa snow yang real, kira Snowalk nih boleh tahan jugakla. Sejuknya lebih kurang sama, cuma snow nih lebih macam ais ABC, kasar sikit. Kalau snow betul halus. Pastu jaga-jaga ya, sebab permukaannya licin sedikit.

Walaupun harga tiket agak mahal, ia boleh dijadikan insentif untuk anak-anak kita. "kalau periksa kali ini dapat no.1, nanti ayah bawak gi main snow"...hehe.... atau "kalau nak pergi main snow, kumpulkan dari duit sekolah 20sen sehari"...boleh mengajar anak kita menabung.... Nothing in life is free, my dear.....

Mula-mula buat 'peace' la...
Pastu dah start sejuk.
Jacket yang disediakan cantik jugak....

Jom try duduk dalam igloo.

Yang ni best. Main slide...

Rumah ais.
Pokok kering nih agak real jugak, sama mcm kat sana.
Snowman menanti sebelum pintu keluar. Nanti ada photographer amik gambar. Nak beli RM20 sekeping.

Kafe Upin & Ipin

Kafe Upin & Ipin ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Berdekatan dengan pintu belakang UiTM, belakang Wisma Jakel. Interiornya amat ceria bertemakan Upin & Ipin. Kalau datang sini, perut janganlah kosong sangat. Harga mahal sikitla dari restoran biasa dan makanannya biasa-biasa sahaja.
Food reviewer, Jasmin & Kasyif.
Kalau saja nak bawak budak-budak jalan-jalan, bolehla datang sini sebab mereka mesti teruja punya. Jangan lupa mencuba!

Menu

Interior bertemakan Upin & Ipin


Big size poster bersama Tun Dr Mahathir

Sebagai kenang-kenangan

Nasi goreng Upin. Mestila ada ayam goreng. Harga RM7

Ayam goreng. Sedap jugak.

Nasi goreng Cina. Harga dalam RM4-RM5 kot.
Kaunter bayaran lengkap dengan cenderahati.






Friday, March 18, 2011

Apa lagi aktiviti tahun ini?


Nak pegi mana lagi tahun ini? Hari tuh ada dengar ada orang ajak pegi Universal Studio di S'pore. Macam best jek... sesuai sangat buat rombongan keluarga sbb boleh charter satu bas (teringat satu keluarga naik trak kandang di Animal Safari, A Famosa). Harga tiket dlm dua ke tiga ratus kot... tapi tiada tarikh yang diberikan... Siapa nak pegi?
Salah satu isu tahun ini ialah KeluargaTokCai akan menambah ahli baru. Keluarga MakDah sahaja akan ada 5 ahli baru, jadi agak susah sikit nak menentukan tarikh aktiviti. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang baik kepada Ida (Amat), Huda (Iwan), Iza (Apis), Ila (Lokman) & Fiza (Fizal) yang bakal menimang cahayamata tahun ini Insyaallah mengikut bulan berikut:
April_ Ida
Jun_ Huda
Sept_ Iza, Ila & Fiza
    
Mungkin tahun ini kita tak payah buat program jalan-jalan. Kita buat BBQ nak?

Tuesday, February 15, 2011

Seronoknya di A Famosa!

Bagi pihak ahli KeluargaTokCai, diucapkan berbanyak terima kasih kepada platinum sponsor kita, Mcik & Pcik Hafidz sekeluarga di atas kesudian menjemput kami ke A Famosa Melaka. Ini dianggap satu percutian mewah kerana kami dapat duduk bukan 1 tapi 2 buah banglo di dalam A Famosa. Kami merasa seperti 'orang kaya' dapat menginap di villa yang sangat selesa yang mempunyai kolam mandi di depan rumah...muahaha.
Sudah tidak dapat menahan lapar...
Kolam mandi depan villa....Nice!
Tiket masuk ke Water World dan Animal Safari juga disponsor, membuat kami rasa sangat bertuah bersaudara dengan Mcik....ekekek... Terima kasih daun keladi, semoga Mcik & Pcik Hafidz sekeluarga dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT selalu.
Rasa nak masuk, tapi malu-malu...
Bergaya spt orang kaya sekejap...
Mcik mencuba slide di Water World
Ada beraniii?
Terima kasih juga dengan sponsor burung puyuh dan makanan lain yang dimasak oleh makcik-makcik yang tidak mengenal erti penat bila mengenangkan mulut-mulut mereka yang perlu disuap dengan makanan. Tanpa mereka, mungkin kita terpaksa menahan lapar kerana bukan ada gerai makan (harga berpatutan) berdekatan. Ini membuat sesetengah kita berfikir siapakah bakal pelapis yang akan mewarisi sifat rajin memasak mereka....
Dapur villa yang comel (bukan orang comel)
Ketika dalam sangkar di Animal Safari...

Seronok rasanya kerana percutian ini dapat disertai oleh keluarga Ucu & Pcik Emi, Azie & Izan serta percutian pertama bagi pengantin baru, Ila & Lokman. Semoga mereka juga turut gembira bercuti bersama ahli KeluargaTokCai.

Walaupun hanya untuk semalam, yang penting para ahli keluarga dapat berkumpul dan bertanya khabar. Hilang rasa penat bila dapat berborak santai, memerhati anak-anak seronok bermain di swimming pool sambil berkongsi menikmati makanan yang dibawa.
Pcik tengah rilek...
Muka puas hati....(kepanasan)

Terima kasih daun keladi......

Friday, February 11, 2011

Tahniah kepada pemenang kuiz A Famosa

Tahniah diucapkan kepada pemenang kuiz A Famosa yang bermula pada 7hb hingga 10hb Februari. Hampir kesemua tiket dibolot oleh anak-anak Anjang. Kepada yang kecundang di peringkat ini merasa terubat apabila platinum sponsor mengeluarkan 5 tiket bonus lagi pada malam terakhir. FB KeluargaTokCai tidak pernah semeriah ini! Berikut ialah senarai pemenang...
Tiket Water World
1. Wani
2. Syafiq
3. Syahida
4. Imi (+ 1 bonus tiket untuk Izy)

Tiket Animal World
1. Syafiq
2. Ana
3. Wani
4. Nadia

Tiket bonus
1. Ucu
2. Ila
3. Nadia
4. Syafiq
5.
Kepada yang lain, jangan gusar. Insyaallah platinum sponsor akan cuba dapatkan extra ticket lagi. Yang penting, plan datang pagi supaya tiket itu dapat dibahagikan. Mcik plan sampai di A Famosa dalam pukul 10-11 pagi.

Have a happy weekend!

Sunday, February 6, 2011

A Famosa_Ticket giveaways!


Ingin memenangi tiket masuk ke Wet World atau Animal Safari A Famosa? Jawab soalan kuiz A Famosa dengan tepat di facebook KeluargaTokCai dan tiket tersebut adalah milik anda! Ada 8 tiket untuk dimenangi. Jadi jangan ke mana-mana kerana soalan kuiz akan dikeluarkan pada pukul 8 mlm dan 10 mlm bermula pada hari Isnin 7 Feb hingga Khamis 10 Feb. Tungguuuuu.....

A Famosa_update terkini

Gong Xi Fa Cai! Harap apa yang dirancang sepanjang cuti Tahun Baru Cina berjalan dengan lancar. Lepas Raya Cina, jom kita bercuti ke A Famosa, Melaka pula. Bertarikh 12hb Februari, tarikh yang sengaja dipilih bagi mengelakkan kesesakan melampau yang sudah sinonim bila ada cuti perayaan. Bagi yang masih tertanya-tanya, berikut ialah soalan lazim mengenai percutian hujung minggu ini:

Duduk di mana?
Untuk makluman, penginapan disediakan percuma untuk 1 malam. 2 buah banglo di dalam A Famosa telah ditempah yang mempunyai 4 bilik setiap satu. Oleh kerana jumlah ahli keluarga yang ingin menyertai adalah lebih daripada 40 orang, maka seperti biasa kita tidur lambaklah!.... Jangan lupa bawa toto masing-masing.

Berapa RM kena bayar?
Tiada RM yang perlu dibayar kecuali anda ingin masuk ke taman tema. Tiada peruntukan disediakan untuk tiket masuk ke Water Park atau Animal Safari. Dari itu, sekiranya anda berminat melakukan aktiviti di taman tema tersebut, sila dapatkan dan bayar sendiri tiket masuk. Mungkin ahli keluarga boleh berbincang dan mengumpulkan seramai yang boleh untuk mendapatkan diskaun kumpulan. Anggaran harga tiket bagi setiap satu taman tema ialah dalam RM30-RM50.

Makan minum?
Memasak tidak dibenarkan dan tiada rancangan untuk masak sendiri. Makan minum juga tidak termasuk dalam penginapan. Jadi terpulang kepada ahli keluarga untuk merancang mengenai hal ini mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya bawa bekal, share dengan ahli keluarga lain, makan luar, curi-curi masak dan sebagainya.

Apa itinerari?
Tiada itinerari kerana aktiviti hanyalah untuk 1 malam. Duduk dan lepak sajalah! Atau berenang di swimming pool tepi banglo. Tempahan banglo ialah untuk hari Sabtu 12hb dan check in banglo ialah pada pukul 4 petang. Anda boleh datang awal dan pergi ke taman tema dahulu sebelum check in.

Jangan lepaskan peluang memenangi tiket percuma!
Sekiranya anda berminat mendapatkan tiket percuma untuk taman tema, jangan lupa menyertai kuiz A Famosa yang akan diadakan bermula esok di facebook pada pukul 8 mlm dan 10 mlm dari Hari Isnin hingga Khamis! Ada 4 tiket Wet World dan 4 tiket Animal Safari menanti pemenang bertuah!

Konsep cuti hujung minggu ini ialah sempoi dan santai jadi ia lebih kepada ad hoc plans. Apa-apa hal kita bincang di sana ok...

Tuesday, January 4, 2011

Agenda pertama 2011_A Famosa Melaka

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, kami bercadang untuk bercuti bersama ahli keluarga di A Famosa Melaka pada 12hb Feb 2011.
Respon yang diterima amat menggalakkan dan so far sudah lebih 50 orang memberikan nama untuk menyertai aktiviti hujung minggu ini. Percutian kali ini disponsor oleh Makcik dan pasti menyeronokkan kerana antara aktivitinya ialah main air di Wet World, Safari trip dan mungkin BBQ.
Jangan tunggu lagi! Sesiapa yang belum memberi nama, bolehlah berbuat demikian secepat mungkin. Ini akan memudahkan pengurusan tempat dan makanan. Kerjasama anda amat kami hargai.

Senarai nama:
1. Rahmat & keluarga (3)
2. Rafiza & keluarga (6)
3. Faridah & keluarga_bujang (4)
4. Rahila & hubby (2)
5. Zaida & keluarga (9)
6. Rosidah & keluarga (7)
7. Aishah & keluarga (8)
8. Zaiton & keluarga (7)
9. Fatimah & keluarga (3)
10. Redzuan & keluarga (3)

Monday, January 3, 2011

2011_Selamat Tahun Baru!




Selamat datang 2011! Semoga 2011 akan dihadapi dengan lebih bersedia daripada 2010. Semoga 99% daripada azam yang direncanakan tercapai. Tahun baru, semangat baru, perilaku baru, attitude baru... semuanya demi mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik dari 2010.


Hari ini anak-anak mula bersekolah. Belajar rajin-rajin ok! Bagi ibubapa, rutin yang sibuk juga bermula. Nak hantar anak ke sekolah, menyiapkan sarapan, memastikan anak-anak mengulangkaji, bayar yuran etc....
Siapa yang sudah mempunyai anak-anak yang besar, zaman itu sudah berlalu. Lega rasanya bila mereka sudah boleh berdikari...
 
Bagi anak-anak yang bakal menempuh peperiksaan besar, 2011 amat mendebarkan (selalunya mak ayah akan lebih berdebar!)... Balas debaran itu dengan semangat dan tekad untuk mencapai keputusan cemerlang.

Sesiapa yang bakal menimang cahayamata, diiringkan doa semoga semuanya selamat dan dikurniakan cahayamata yang comel ya.

Kepada ibubapa, semoga 2011 membawa keberkatan dan limpahan rezeki untuk kita meneruskan kehidupan yang kita impikan.


Apa-apa pun, insyaallah 2011 akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengeratkan lagi siratulrahim di antara ahli keluarga Tok Cai. Nantikan....