Monday, December 27, 2010

TAHNIAH!


Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Keluarga Tok Cai 2010 yang diadakan di BowlZone, The Summit Batu Pahat semalam. 24 peserta (8 kanak-kanak, 16 dewasa) telah hadir untuk berentap merebut gelaran dan hadiah yang disediakan. Pelbagai aksi , gelagat dan karenah sepanjang kejohanan terutamanya kanak-kanak yang menghiburkan para hadirin.
Syabas diucapkan kepada ibubapa yang sabar melayan anak-anak mereka dan membantu pemain-pemain cilik ini menyudahkan balingan mereka. Insyaallah dengan aktiviti seperti ini membantu mengajar mereka tentang keazaman, fokus dan kesabaran.
Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang hadir: Pcik Emi, Ucu, P Man, Mak Dah, Mak Ee yang setia memberi semangat dan komen supaya balingan adalah tepat dan mengenai sasaran. Terima kasih kepada P Emi & Ucu kerana belanja KFC yang lazat sehingga menjilat jari dan Mak Dah kerana masak asam pedas ikan pari yang tiada tandingan untuk makan tengahari.
Tahniah kepada sesiapa yang baru 1st time main bowling. Seronokkan....Apatah lagi bila bermain bersama ahli keluarga.
"Terrernya!" kepada para juara dan pemenang. Debaran kini berakhir. Kepada yang kecundang, ini bukanlah terakhir. Masih banyak lagi peluang dan masa untuk membuktikan kemampuan anda.

Apa-apa pun, yang pasti terpancar kegirangan dan kepuasan di wajah mereka kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga. Dapat dirasakan matlamat kejohanan ini tercapai untuk merapatkan lagi ukhuwah melalui aktiviti sukan.

Sudah ada ura-ura supaya kejohanan ini diadakan setiap tahun. Harapan kami lebih ramai lagi ahli keluarga yang dapat menyertai aktiviti di masa yang akan datang.

Sekali lagi, TAHNIAH untuk semua!

Gambar oleh Nanie Abdul Hamid. Thank you Nanie!

No comments: