Tuesday, May 20, 2014

Makanan & Penyediaan


Kita pasti perlu makan di Limastiga nanti kan... Dicadangkan:



Gotong-royong = ahli keluarga sama-sama membantu penyediaan bahan memasak

Para ahli keluarga disaran membawa sedikit peralatan memasak dan bahan-bahan. Antaranya:

  • Pisau
  • Kuali
  • Beras (periuk nasi disediakan)
  • Teh/Kopi
  • Milo/Gula
  • Roti/Butter
  • Bahan tumis
  • Telur
  • Kordial
  • Pencuci pinggan/span
  • Apa-apa yang dirasa sesuai
 Jangan lupa membawa pinggan/sudu dan cawan untuk kegunaan sendiri.

SABTU 7 Jun
Keluarga boleh lah membawa makanan sudah sedia dimasak untuk minum petang atau makan malam. Cadangan dinner untuk Sabtu 7hb ialah:
  1. Ayam Masak Merah*
  2. Sayur Tempe Goreng*
  3. Telur/Ikan Goreng
  4. Nasi putih
* Disponsor oleh Mak Dah


AHAD 8 Jun (Hari yang penuh dengan aktiviti!)

Mari kita sama-sama menyediakan sarapan! Antara cadangannya:
  • Roti/butter/kaya
  • Cereal & Susu
  • Bihun Goreng
  • Nasi Goreng (guna nasi lebih semalam kalau ada)
Makan tengahari pula akan ditaja oleh Bendahari kita, K Ly. Antara lauk-lauknya:

  • Ikan kembung masak asam pedas
  • Daging masak kicap
  • Sayur campur
  • Ikan masin gelama & sambal belacan

Pada malamnya pula, kita sama-sama menikmati BBQ yang kita perap & bakar sendiri (gotong-royong ye). Tempat BBQ yang disediakan menggunakan gas, jadi tidak perlu membawa arang. Bagus kan?

ISNIN 9 Jun
Hari terakhir di mana kita akan check out pada pukul 12.00 tengahari.
Seperti biasa, sarapan kita akan sama-sama sediakan. Kita akan gunakan segala bahan mentah yang dibawa.
best breakfast cereal for nutrition | breakfast

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang menyumbang untuk memastikan ahli keluarga KTC tidak kelaparan nanti!

Countdown: 18 hari lagi......

No comments: