Wednesday, April 23, 2008

MAKLUMAT TERKINI


Lagi 7 hari ye para Tioman Travellers sekalian.....Buatlah persiapan awal-awal supaya percutian ini berjalan seperti diharapkan....Suka-suka juga, tapi jangan lupa untuk berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi kita kudrat dan rezeki yang membolehkan kita pergi bercuti ke Tioman ini... adalah menjadi harapan kami jika kita dapat bersama-sama bersolat jemaah 5 waktu bila di Tioman nanti (kalau kita buat jamak jadi 3 kali berjemaah la.. ;-).... Jangan lupa juga untuk berdoa semoga ahli keluarga kita dilindungi dari segala mara bahaya...sesungguhnya Dia lebih mengetahui...

Seperti yang dikhabarkan oleh OKB @ Cikgu Rahmat, rakannya yang sudah 14 tahun menetap di Tioman telah memberi sedikit gambaran keadaan di jeti pada 1 Mei nanti (sbb hari cuti kan).... mesti orang ramai gila la and mungkin tak dapat nak parking kat jeti. Kalau tak dapat parking kat jeti, kita akan parking kat stadium ok. Jadual juga ada sedikit perubahan kerana feri pagi telah penuh. Waktu feri kita ialah:

Hari 1 2.30 ptg (pergi ; bukan 10.00 pagi)

Hari 3 3.00 ptg (balik ; bukan 1.00 tengahari)

Waktu untuk berkumpul belum diputuskan....akan diberitahu kelak....Sementara itu, berikut adalah sedikit tips untuk dikongsi:
Jangan overpack (bawa lebih dari yang sepatutnya). Selain dari membazir ruang, buat penat mengangkut je.
Berkenalan dengan orang tempatan jika berkesempatan. Bila dah kenal, senang nak minta tolong
Baca atau selidik serba sedikit tentang tempat yang hendak dipergi.
Seronok-seronok juga, keselamatan jangan lupa. Sentiasa awasi anak-anak anda

No comments: