Thursday, May 14, 2009

Bergaya ke Redang


Sedikit tips bergaya ke Pulau Redang....

1. Jangan pakai heels ya, pakaila selipar...santai gitu. Selipar Jepun bilik air pun boley, tambah la decoration (buat corak pakai permanent marker)...hihi

2. Tak payahla bawa handbag mahal/berjenama. Handbag yang bawak gi opis tu pun tak usahlah....Bawalah beach bag...boleh letak banyak barang... Praktikal dan bergaya! Cuba try shopping kat Rengit Parade, rasanya boleh dapat bawah RM10!hihi...Untuk barang penting spt IC, lesen, cash bolehlah bawa purse/wallet. Tapi janganlah bawah cash berkepuk-kepuk (sbb tuh suruh bayar sekarang, jangan sampai Redang baru nak bayar! Hek! Gurau je)
...

3. Pakaian renang...antara barang yang terpenting perlu dibawaOpppss!....Sorry, salah gambar...(siapa ada berani pakai ini swimsuit!??).... Sekarang dah ada pakaian renang muslimah. Tapi kalau nak pakai T-shirt ngan tracksuit je pun tak pe. Cuma kalau pakai lycra swimwear tuh, sedap sikit nak berenang/ terapung bagi yang tak reti berenang... Tak percaya, cubalah...

4. Glasses/topi....Fuh! Kalau pakai nih, mmg bergaya sakan lah...Sekarang style sunglasses besar-besar (back to the 70s)...Kedua-dua aksesori ini ialah utk perlindungan dari cahaya matahari.


5. Sunblock/Suncreen. Sebenarnya yang ini lebih penting. Yg di atas utk bergaya sahaja. Cahaya matahari sekarang tak sama mcm dulu. Cuba baca artikel mengenai sunscreen di sini. Maaf mengenai bahasanya...kot-kot bibik saya nak tahu jugak pasal 'tabir suria'...hehe. Ok, kalau nak full BM, click perkataan ini-> sunscreen

6. Hawaiian shirt utk si bujang. Bila lagi nak pakai Hawaiian shirt kalau tidak di pulau/pantai. Hawaiian shirt sejuk dlm cuaca panas, corak pun 'agak' menarik. Barulah gambar nanti nampak menarik. Bapa si bujang pun boleh pakai juga cuma takut takleh nak button kat bahagian perut je. Sesuai dipadankan dengan seluar 3/4 panjang:
Asalkan menutup aurat yea....

Itulah sedikit tips sebagai panduan...Selamat bergaya!.....

No comments: