Hari ini juga ada orang dapat hadiah cabutan bertuah (lihat gambar)


Pelbagai andaian dibuat semasa Rahimi menyatakan yang dia menang cabutan bertuah. Yela, sekarang kan dah macam-macam kes penipuan... kata menang tapi kena bayar, takut mcm kes gores dan menang.... Rahimi beli barang dari Lelong.com, pastu rezeki murah dipilih pula sebagai pemenang cabutan bertuah. Jarang amat-amat family Mak Dah nih menang hadiah-hadiah camni... Hadiahnya ialah Sony Playstation 3. Kalau beli pun mahu RM1,000 lebih....
Akhir kata, kepada yang masih tidak berjaya (dlm apa-apa bidang sekalipun), mungkin kejayaan anda bukan untuk hari ini. Kejayaan anda mungkin untuk hari esok jadi jangan kecewa dan teruskan usaha. Insyaallah, berkat usaha dan doa, apa yang diimpikan akan tercapai jua....(Chewah!)
No comments:
Post a Comment