Wednesday, June 3, 2009

Redang, here we come!



Tak sangka hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba....mungkin semua tengah sibuk packing sekarang nih, buat persiapan terakhir.
Banyak perubahan telah berlaku sejak post terdahulu. Ada tambahan ahli di saat-saat terakhir (6 orang). Isk! Lain kali kena charge lebih nih!Pastu Group Melaka terpaksa join Group BP2 (Apis) kerana PCM 2577 masuk workshop. Oleh kerana PCM 2577 masuk workshop, Ila pun tak dapat tumpang. Syafiq pun direct gi rumah Mcik, tak pegi Bangi dulu. Group BP2 akan join Group Bangi menuju ke Genting Sempah untuk join Group Paya Jaras. So total 5 buah kereta menuju ke destinasi yang sama, Pulau Redang! (atau Homestay Mak Teh dulu)......

Bagi Group BP + Group JB akan bertolak esok pagi. Group BP ada 2, satu bertolak pagi (Mak Dah) & satu lagi bertolak lambat sikit sbb nak join Group KL (Apis + Iwan). Itulah serba sedikit update terkini...Group KL akan bertolak dalam pukul 3 ptg paling lewat.

Diingatkan ye, para traveller untuk menyediakan cash yang secukupnya untuk berikut:
Snorkelling gear (RM10 per set)
Parking di jeti Merang (RM25 utk 3hari2malam)
Duit makan di KT
Duit ole-ole

Jangan bawa banyak-banyak sudahla....

Jika diimbas balik, masa gi Tioman pun 32 orang juga. Cuma ahlinya ada berbeza sikit.
Kali ini:
Famili yang tak ikut - Family Mak Ee & MLong -5-1
Famili yang lengkap - Family Anjang. Dulu 5, sekarang 8 +3
Famili yang tak lengkap - Family Makcik. Dulu 6, sekarang 5 orang -1
Famili yang tambah tapi tak lengkap - Family Mak Dah. Dulu 14, sekarang 18 +4

OK, rasa tak sempat nak post berita esok. Apa-apa pun, selamat memulakan perjalanan. Doa panjang sikit malam ni ye....semoga Allah melindungi perjalanan kita.....

No comments: