Tuesday, March 4, 2008

Tempatkan dia di kalangan orang yang beriman....Al Fatihah

Sama-samalah kita mendoakan agar Allah SWT mencucurkan rahmat ke atas roh Pak Lek yang pergi pada hari Isnin, 3 Mac 2008 dalam pukul 4 pagi. Ketika itu Pak Lek ditempatkan di wad ICU Putra Specialist Hospital, Batu Pahat. Beliau meninggal kerana penyakit yang bersangkutan dengan hati dan buah pinggang.
Pak Lek, atau nama penuhnya Abd. Malek bin Hussin, 55 tahun ialah anak keempat dari 11 adik-beradik, juga merupakan anak lelaki ketiga selepas arwah Pak Long dan Ayah Uda.
Semoga Makcik Rahmah dan Rahman tabah menghadapi dugaan ini dan kita sebagai ahli keluarga hendaklah bersama-sama membantu selagi kita termampu dari segi sokongan moral, kewangan, doa dan sebagainya.
Al Fatihah.......

No comments: