Wednesday, February 27, 2008

Perlukan feedback from Tioman Travellers!

***Berita terbaru!!..Kak Za..isteri kepada Apis selamat melahirkan anak lelaki 27 Feb 2008 pukul 6:15 pm ,berat 3.2 kg....normal..Congratulations buat Apis & family !!!!bertambah lagi sorang lagi keluarga tok cai...


Ada 2 perkara yang perlukan feedback dari Tioman Travellers:


  1. Penginapan: yg ok ke yg budget je?

  2. Makanan : masak sendiri ke include dlm package?

Penginapan tuh terpaksa berkongsi la ye..Sesiapa yang nak 'honeymoon' kenalah bayar penginapan berasingan.

Tengah mencari jalan macamana nak tolong Anjang & Makcik sbb anak-anak dia ramai. Kalo nak charge RM setiap seorang, mahu sampai RM1000! (still lebih murah daripada harga package lain). Kalo Anjang & Makcik boleh confirmkan betul-betul anak-anak dia yang memang pergi....Latest estimate for the price is RM215 seorang (penginapan ok, bukan budget).....nanti kalo ada feedback lain, harga tuh boleh recalculate balik.

Kita masih memerlukan sponsorship. Antara nama-nama dermawan yang bakal kita rayu ialah Amat, Ila, Fiza and Mak Long.... Sekiranya ada dermawan lain yang ingin menyumbang dlm bentuk apa sekali pun, amat kami alu-alukan.

Untuk pengetahuan, harga package RM215 itu termasuk:


  • Penginapan (kemungkinan di Nazri's Place Air Batang, selagi belum dapat harga yang lebih menarik dari kontraktor Makcik)

  • Tiket feri pergi-balik

  • Makan (hasil titik peluh 'chef' + para remaja...refer CHATBOX)

  • Tiket masuk ke Marine Park

Lagi banyak baca pasal Tioman kat internet, lagi tak sabar rasanya nak pergi....Apatah lagi dapat pergi ramai-ramai camni...mesti kecoh nanti! :)

No comments: