Monday, February 11, 2008

Trip to PULAU TIOMAN

Atas permintaan ahli keluarga, buat julung-julung kalinya akan diadakan rombongan keluarga ke destinasi berikut:

Tarikh: 1 - 3 Mei 2008 (Khamis - Sabtu)
Tempat: Pulau Tioman, Mersing

Berminat? Sila hubungi SEKRETARIAT (Fiza/Ila) untuk menempah tempat.


Bayaran? Kami cuba memberikan harga yang terbaik untuk ahli keluarga Rombongan ini dianjurkan untuk merapatkan silatuhrrahim di samping menikmati keindahan pulau. Dari itu, SISTEM SPONSOR diperkenalkan supaya setiap ahli keluarga mempunyai peluang yang sama untuk menyertai rombongan ini.

Berapa RM? (Sistem SPONSOR)
1. Setiap ketua keluarga perlu membayar RM380 untuk dirinya, isteri dan anak pertama berusia lebih dari 12 tahun.
2. Bagi mereka yang mempunyai bayi atau anak kurang dari 6 tahun, RM380 ialah untuk dirinya, isteri dan pembiayaan 1 orang berusia lebih 12 tahun.
Ketua keluarga juga perlu membayar RM190 bagi anak-anak mereka yang berusia antara 12 hingga 6 tahun.
3. Bagi bujang yang sudah bekerja juga perlu membayar RM380 untuk dirinya dan pembiayaan 2 orang yang berusia lebih 12 tahun.

Senang cerita, lihat di bawah (senarai nama bagi ahli rombongan berumur 7 tahun ke atas)
Berdasarkan sistem diatas, berikut ialah sponsor dan yang disponsor:


*Jika ada nama sesiapa yang tertinggal, sila hubungi SEKRETARIAT.

Harga RM380 ini meliputi kos berikut:
a. Penginapan 3 hari 2 malam (3 family house, 2 bilik untuk dishare bersama-sama) . Jika ada sesiapa inginkan 'honeymoon package' (penginapan berasingan) sila tambah RM200
b. Tambang feri pergi & balik
c. Makan 3 kali sehari untuk 3 hari 2 malam

*Kalo ada duit lebih boleh kita masukkan sekali trip snorkelling.
Sumbangan/Sponsorship sangatlah dialu-alukan, supaya kita mungkin boleh upgrade tempat penginapan.

*Semoga dengan RM7,980 ini dapatlah kita menjalankan aktiviti yang dirancangkan.
Jika ada sebarang cadangan boleh juga dikemukakan supaya rombongan ini lebih menarik.
Jika berminat, sila mendaftar dengan menghubungi kami (Fiza/Ila) sebelum 25 FEBRUARI 2008 untuk memudahkan tempahan penginapan.

Fiza 013 3970703 atau rafiza@tmrnd.com.my
Ila 013 3348395 atau arnoorrahila@epf.gov.my

Iwan 019 6265900 atau redzuan_ar@celcom.com.my

Jangan berlengah lagi, daftarlah sekarang! (tanpa sebarang deposit)

No comments: