Tuesday, July 14, 2009

TOK CAI MASUK HOSPITAL

Tok cai sekarang berada di Hospital Batu Pahat setelah disebabkan pitam yang berlaku pada ptg semalam. Pada ptg/mahgrib semalam Mohd Nor (Jiran Tok Cai)melihat dirumah tok cai gelap tidak berlampu seperti kebiasaannya..Mohd Nor mula syak ada sesuatu berlaku..dan inform kepada Mak Dah/Pak Man/Radhi...utk melihat lebih lanjut...keadaan dirumah..

Nasib baik kebetulan pintu rumah belakang tidak berkunci....Dalam keadaan gelap tok cai terduduk didalam biliknya dalam keadaan muntah/buang air/pitam ..Menurut tok cai..beliau ingin mengambil wangnya didalam bilik.. dan tiba-tiba rasa pening/pitam lalu pengsan...

Mak Dah/Pak Man/Radhi & dll..monitor keadaan tokcai...sehingga pukul 2 pagi dan membuat keputusan utk menghantar ke hospital.
Pada pukul 3 pagi ..ambulans dipanggil dtg..utk mengambil tok cai membuat pemeriksaan lanjut..

Pada waktu ini 9am..Alhamdulillah..tok cai masih dlm wad dan masih boleh bercakap/berbual macam biasa..Doktor masih membuat pemeriksaan lanjut..
Mak Dah & Radhi menjaga di hospital..

Marilah kita semua mendoakan semoga TOK CAI cepat sembuh/sihat...

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh contact MAK DAH (019-6679595)

Sekian..

CuCU TOk Cai !

Monday, June 29, 2009

Tahniah kepada yang berjaya!

Alhamudulillah & Tahniah kepada cucu-cucu Tok Cai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading...Teringat zaman-zaman muda remaja dulu.... zaman untuk discover diri, mengenal kelemahan & kemampuan kita.... Nanti trylah pelbagai aktiviti, jangan asyik belajar je....yang penting TIME MANAGEMENT... time belajar, belajarla....time aktiviti, join aktiviti...khas untuk mereka yang masih belajar, click sini STUDY SKILLS. Gunakan kemudahan universiti, cthnya swimming pool, horse riding (UPM je kot). Kalau ada kelas belajar swimming, joinla.... Swimming tu juga salah satu sukan yang digalakkan oleh Rasulullah SAW....

Hari ini juga ada orang dapat hadiah cabutan bertuah (lihat gambar)
Ditemani adik 'tersayang' yang bangga dgn tuah abangnya...Tahniah diucapkan....

Pelbagai andaian dibuat semasa Rahimi menyatakan yang dia menang cabutan bertuah. Yela, sekarang kan dah macam-macam kes penipuan... kata menang tapi kena bayar, takut mcm kes gores dan menang.... Rahimi beli barang dari Lelong.com, pastu rezeki murah dipilih pula sebagai pemenang cabutan bertuah. Jarang amat-amat family Mak Dah nih menang hadiah-hadiah camni... Hadiahnya ialah Sony Playstation 3. Kalau beli pun mahu RM1,000 lebih....

Akhir kata, kepada yang masih tidak berjaya (dlm apa-apa bidang sekalipun), mungkin kejayaan anda bukan untuk hari ini. Kejayaan anda mungkin untuk hari esok jadi jangan kecewa dan teruskan usaha. Insyaallah, berkat usaha dan doa, apa yang diimpikan akan tercapai jua....(Chewah!)

Tuesday, June 16, 2009

Seronoknya!!!


Masih teruja bila mengingatkan percutian di Redang... walaupun ada insiden yang mengganggu jadual perjalanan, namun keindahan Pulau Redang telah mengunci mulut dan membuka mata kita supaya lebih menghargai ciptaan Allah SWT daripada memperbesarkan hal-hal yang remeh.... Dan berbangga kerana mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kesabaran yang tinggi,semangat keluarga yang utuh dan bersedia mengharungi rintangan & dugaan bersama-sama. Tahniah diucapkan kepada Keluarga Tok Cai!

Macam-macam pengalaman yang ditimba, suka & duka. Bot lambat, mabuk laut, terjun bot, salah tempat snokerling, BBQ tak dapat sausage, orang conquer karaoke, tidur macam sardin dlm chalet, anak 'ouk-ouk' tepi pantai, 'terdampar' di Pulau Kerengge, orang restoran tak layan di Batu Buruk, Masjid Kristal tutup pukul 10 dan macam-macam lagi....
Antara yang seronok; main volleyball, mandi tepi laut, snorkeling, layan buai tepi pantai, ambik gambar, lesapkan sebantal roti chalet, menghirup udara pagi di tepi pantai, makan roti bakar + kaya, sambal belacan sedap, ikan free Pakcik Rosman, eksyen bergambar dgn sotong, shopping kat jeti sementara tunggu bot sampai, gambar lompat-lompat, 'wee-wee' tepi laut, tengok orang lain seronok... Untuk saya yang seronoknya, seperti tak percaya gambar-gambar lanskap yang diambil seperti gambar-gambar di dlm majalah yang menggunakan kamera DSLR!!!
Terima kasih diucapkan kerana bersama-sama menjayakan percutian kali ini. Sudah ada pertanyaan apakah destinasi percutian seterusnya... Harap semua dapat memberikan cadangan. Sebagai permulaan, jangan lupa vote survey di sebelah nih ye....

Thursday, June 11, 2009

List Link Gambar Pulau Redang Utk Di Download

1. CAMERA IWAN - Download Sini !!!

2. CAMERA AMAT & FIZA - Download Sini !!!
**Camera Amat&Fiza..iwan tak dpt copy semua gambar..sbb tak bwk pendrive nak copy..MEMORY FULL!!!..kalau nak yg lain kena mintak kat owner...heheh

3. CAMERA ANJANG - Download Sini !!!

4. CAMERA ILA - Download Sini !!!