Thursday, February 18, 2010

Sg Klah Hot Springs

Akhir bulan Januari yang lalu, Fizal sekeluarga telah pergi bercuti ke Sg Klah Hot Springs yang terletak di Sungkai, Perak. Perjalanan memakan masa dalam 2 jam dari Kuala Lumpur. Bila namanya Hot Springs, sudah tentu ia mempunyai kolam air panas! Kenapa airnya panas? (soalan fakta sains yang boleh diajukan kepada kanak-kanak untuk menambah ilmu pengetahuan..)

Natural hot springs are a common occurrence in Peninsular Malaysia. This phenomenon occurs when water that seeps into the Earth is heated by magma; molten rock located beneath the surface of the Earth.The Earth’s pressure then causes the water to again rise above the surface, forming a natural hot spring.

Siram badan dengan air sejuk dahulu sebelum berendam di dalam kolam air panas.

Maknanya, air panas tersebut mengalir dari perut bumi yang panas (magma) dan naik ke permukaan akibat tekanan. Air panas ini dikatakan mempunyai kuasa penyembuh (healing properties) kepada penyakit-penyakit yang berkaitan kulit dan sendi.

Selain daripada kolam air panas, terdapat kemudahan seperti spa, restoran, tempat merebus telur dan juga kolam air gunung.

Aktiviti merebus telur. Tak payah makan breakfast, makan saja telur 1/2 masak di sini.
Masa merebus ini memang tepat.
Tempat ini sesuai untuk perkelahan keluarga. Tempatnya yang belum sesak dengan pengunjung menjadikan tempat ini masih bersih dari sampah sarap dan terjaga elok. Dan yang terbaru, Felda Residence juga telah membina villa yang mempunyai kolam/jakuzinya sendiri Felda Residence, Sg Klah

Jika harga Felda Residence melangkaui budget, jangan gusar kerana ada banyak homestay yang selesa di sekitar Sungkai. Untuk menyewa sebuah rumah, harga dlm RM280 semalam. Mempunyai 4 bilik dan ruang tamu yang luas, sudah tentu RM280 tidak menjadi soal apabila dikongsi dengan 4 buah keluarga. Anda boleh juga menyewa mengikut bilik dlm RM80 sebilik semalam. Terdapat kemudahan memasak dan BBQ jika berminat untuk melakukan aktiviti tersebut.






Rating saya bagi 4/5 untuk cuti hujung minggu...... Cuti-cuti Malaysia!

1 comment:

kayyana said...

saya nak tnye lebih lanjut tentang sg kelah hot springs ni boleh tak??